Sunday, June 10, 2012

Snow White and The Huntsman



semalam... 9 Jun 2012...
yeay saye dah tonton movie baru SNOW WHITE and THE HUNTSMAN...lakonan mantap Charlize Theron (why is she so beautiful) dan Kristen Stewart (falling in love with her ever since Twilight)...

TQ cik Innocent Girl aka Cik Yatie coz sudi temankan saye tengok movie ni...actually cik yang ajak dulu kan...hahaha...tapi cian kite kan...ajak member lain tapi diorang ade komitmen masing-masing..maka tinggallah kami berdua bergonjeng di Mid Valley tu...

Over all movie ni memang agak berbeza dengan cerita dongeng Snow White yang biasa kita baca mahupun tonton di tv dan wayang sebelum ini...jika dulu watak Snow White lebih kepada seorang gadis yang ayu (masih lagi cantik untuk watak lakonan Kristen Stewart ni)..tetapi dalam filem ini watak yang diketengahkan lebih lasak dan bersemangat perang demi menegakkan keadilan dan menakluki semula negeri jajahan mendiang Raja iaitu ayah kepada Snow White sendiri...begitu juga dengan watak pemburu upahan yang diarahkan membunuh dan menyerahkan jantung Snow White kepada permaisuri kejam agar permaisuri itu kekal menjadi yang paling cantik...sebelum ini kita biasa tahu watak pemburu itu akan melepaskan Snow White tetapi menggantikan jantung rusa buat dipersembahkan kepada permaisuri...tetapi dalam filem ini, The Huntsman itulah yang akan sentiasa menemani Snow White hingga berjaya menang dalam peperangan...


Kisah bermula dengan kematian Permaisuri iaitu ibu kandung kepada Snow White, maka si Raja yang berduka lara mengahwini seorang wanita yang cukup jelita yang kononnya seorang tawanan dalam satu peperangan, Ravenna...tetapi pada malam Ravenna telah ditabalkan sebagai Permaisuri baru, Raja pula dibunuhnya...dan Snow White dikurung di sebuah menara sehingga bertahun-tahun dan berubah menjadi seorang yang cantik rupawan (tetapi pelik juga lama kena kurung, mahir pula naik kuda dan pegang pedang)..

Nak tahu lebih lanjut jangan lepaskan peluang tonton movie ni...
juz dat saye a bit terkilan...kerana tak tahu siapakah sebenarnya pilihan hati Snow White...sama ada The Prince anak kepada Duke itu...ataupun The Huntsman yang sentiasa melindungi Snow White malah menjadi orang yang bertanggungjawab agar Snow White tersedar dari sihir jampi Ravenna setelah makan epal beracun..bukannya The Prince tu yang jauh lebih muda...tapi tengok pada tajuk pun kita sudah tahu bahawa watak The Huntsman yang cuba diketengahkan...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...