Friday, April 27, 2012

Hijab Obsession : Outer Syria Chiffon

Nampaknya fesyen tudung chiffon 2 layer sudah melanda semula...kali ini dengan pelbagai corak dan warna yang menarik...last two weeks saya berkesempatan mencuci mata dengan sangat rambang dan excitednya...
kenapa?mestilah sebab fesyen tudung ini memang menjadi pilihan saya sejak mula pakai tudung segera ni...
kebanyakan koleksi tudung Misz Pinky Eyes sememangnya tudung awning chiffon 2 layer...

Mungkin anda boleh katakan saya agak ketinggalan berfesyen berbanding mereka yang pandai bergaya menggunakan pelbagai fesyen selendang juga shwal dan tudung syria...tapi saya tetap setia kerana tudung awning ni sangat mudah dan cepat digayakan...tapi penjagaan awning pula yang perlu dititik beratkan...jika awning rosak seperti mula kembang atau kemek...pasti akan mencacatkan wajah dan seri si pemakai walaupun tudung yang dipakai itu mahal harganya...

Setelah saya perhatikan dan membuat penilaian sendiri (berdasarkan cita rasa sendiri tentunya)...gaya dan corak outer syria chiffon sangat menarik...dengan warna yang terang dan motif yang mempesona...
ditambah lagi dengan fabrik kain chiffon itu sendiri yang lembut dan membuatkan tudung terletak cantik di kepala...lalu saya cuba untuk membeli 2 helai outer syria chiffon dengan harga yang sangat berpatutan..dan pastinya warna kegemaran saya iaitu pink juga hitam putih...


Cantik tak?cantiklaa...hehehe...inilah koleksi tudung outer syria chiffon 2 layer yang saya baru beli beberapa hari lepas...belum berkesempatan dipakai...but bila saya dah pakai nanti of course saya akan upload pict saya...tetapi saya tidak akan pakai inner neck syria...saya akan kenakan dengan tudung awning thai silk saiz s mengikut warna outer syria yang bersesuaian...

p/s : tak sabar nak pakai esok...dan tak sabar nak jejalan di Masjid India lagi untuk tambah koleksi outer syria chiffon ni...yeah

2 comments:

shedameor said...

comelnya. pink tuuu :)

Misz Pinky Eyes said...

hehehe...comey kan...TQ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...