Friday, December 2, 2011

Perkara Yang Lelaki Harap Kamu Tahu


* Saya selalu fikirkan kamu sebenarnya...cuma tak adalah nak telefon atau SMS setiap kali teringat*


*Saya suka kalau kamu pakai baju yang buat penampilan menyerlah bila keluar dengan kawan-kawan saya*


* Minta saya tanya arah daripada lelaki lain? Perasaannya samalah macam kamu rasa bila saya suruh kamu tanya kawan perempuan mengenai fesyen*


*Menceritakan butiran kitaran haid kamu adalah sama 'menyeronokkan' seperti saya menceritakan sistem perkumuhan saya kepada kamu*


*Kemeja T bundle berharga RM5 yang muat-muat cantik pada tubuh kamu adalah lebih seksi dari pakaian dalam berharga RM100*


*Ya, memang menjengkelkan bila lama kamu bersiap, tapi semuanya berbaloi bila kamu kelihatan cantik menawan*


*Bila kamu bangun untuk ke tandas semasa di restoran, saya akan perhati sekeliling untuk tengok jika ada orang sedang 'mengusha' kamu*


*Jika saya cakap , kamu nampak cantik sejurus berjumpa, maknanya saya cuba beradab. Jika saya cakap kemudian, maknya saya cari alasan untuk merenung kamu*


*Minta saya tolong bawakan beg tangan kamu di tempat membeli belah mungkin meringankan beban kamu. Tapi saya rasa macam sedang pakai skirt, tak macho langsung. Kalau kamu selalu sangat suruh buat, mesti saya rasa meluat*


Sumber ihsan dari Majalah Cosmopolitan September 2011


p/s : so para lelaki...benarkah apa yang tertulis di atas???
mind if you all wanna share...sekadar untuk berkongsi dengan para wanita =D

2 comments:

cimon said...

1# betul
2# betul
3# boleh guna GPS
4# betul
5# betul - tp lebih ayu jika berbaju kurung (^v^)
6# betul
7# betul
8# betul
9# betul

Misz Pinky Eyes said...

boleh dikatakan semuanya betulkan....
hehehe TQ cimon!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...