Sunday, August 21, 2011

Tips Penjagaan Tudung Awning

Jom baca tips penjagaan tudung awning...
terutamanya buat orang macam Misz Pinky Eyes yang gemar pakai tudung 
segera untuk ke mana sahaja...
Memang agak mudah memakainya tetapi penjagaan yang betul penting 
demi menjaga kualiti awning dan kain
agar tahan lama dan sentiasa elok apabila dipakai..




 Jangan sesekali basuh tudung segera ini dengan menggunakan mesin basuh kerana awning akan rosak atau 'patah'. Jadi, gunakanlah cucian tangan.
                Rendamkan tudung dalam air yang sejuk dengan sedikit sabun dan biarkan sehingga tiga minit sahaja. Gosok secara perlahan-lahan pada bahagian-bahagian tertentu  terutamanya bahagian yang berlipat dan bahagian di bawah dagu untuk menanggalkan kesan minyak dan penggunaan produk kecantikan.
                Kemudian cucikan di bawah air sejuk yang mengalir (air paip) sebelum direndam sekali lagi dengan pelembut fabrik selama dua minit.

 Jangan terlalu kerap perah atau meramas tudung kerana ia boleh menyebabkan tudung cepat hilang keanjalan dan bentuknya. Jangan perah bahagian 'awning' kerana ia akan cepat rosak, oleh itu biarkan airnya menitik sendiri apabila disidai. 
                Untuk menjemur tudung ini, disarakan menggunakan ampaian sahaja kerana penggunaan hanger akan memberi kesan kekal pada bahagian bahu tudung. Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai ampaian di rumah, bolehlah menggunakan hanger cuma perlu bijak menggantungkannya.
                Gantung tudung secara terbalik dan biarkan bahagian tudung awning berada di bawah dan bahagian bawah tudung disangkutkan di hanger. Apa-apa pun pastikan awning dalam keadaan yang selamat.
                Jemurkan di tempat yang teduh dan berangin. Kerana terdapat beberapa jenis awning terutamanya buatan China mudah rosak dan menggelembung apabila dijemur di tempat yang panas. Malah berjemur di tempat yang panas juga boleh menyebabkan warnanya mudah pudar.

 Setelah kering, simpan tudung di dalam almari. Bagi kamu yang menggantungkannya, boleh menggantungkannya menggunakan hanger atau tempat menggantung tudung yang banyak dijual. Cuma pastikan awning berada dalam keadaan yang selamat.
                 Kamu juga boleh melipat tudung segera ini dengan cara gulungkan bahagian bawah awning dan masukkannya ke dalam awning. Kemudian susun seperti biasa dalam almari dan pastikan tidak tertindih dengan pakaian lain.
                 Untuk cara menggosok tudung ini pula, boleh digosok tetapi sentiasa pastikan seterika dalam keadaan suhu yang sederhana dan tidak terlalu panas. Terutama sekali jika ingin menggosok bahagian awning. Namun terdapat juga sesetengah jenis awning yang tidak perlu kita kerap gosok setelah dicuci.

Sumber Ihsan ; Majalah Dara.com Edisi 84 Jun 09

p/s : pasti ramai yang sedang rambang mata untuk memilih tudung -tudung fesyen terkini untuk persiapan di pagi raya yang bakal menjelang.. 
P.E.A.C.E

8 comments:

hana szied said...

slamat mencuba !

Misz Pinky Eyes said...

yezza...
mari kita mencuba beramai-ramai...dan praktikkan tips di atas ye..
TQ Hana =D

eliyaezlinalias said...

wahhh! gud info
leh gi bitau mak ai neh
dia slalu pokpek tudung senget benget sbb cuci..hehehe
tengsss!

Misz Pinky Eyes said...

eliyaezlinalias,
hehehe...sharing is caring rite...

.sally said...

wah.. menarik.. sllu klu cuci tdung awning ni.. awning dye jd xbest lak..adoi..geram tol rsenye..huhu

Misz Pinky Eyes said...

Sally,
betol tu...jadi jangan ulangi kesilapan langkah penjagaan yang dulu...
yg penting juga ialah teknik menggosok dgn seterika...jgn trlalu panas...

MyReno2u said...

susah jugak nak jaga awning nie yer...:)

Misz Pinky Eyes said...

MyReno2u,
tau takpe...ade juge tailor yang offer dan boleh gantikan awning tudung...tapi nak dapat jenis kain dan warna yang asal memang susahla..jadi untuk itu awning perlu dijaga dgn elok dan berhati2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...