Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Alhamdulillah...
hari ini Misz PE telah selamat menjalani ibadah berpuasa...
walaupun jauh daripada keluarga...
tetapi perlu sentiasa bersyukur kerna masih punya teman-teman...

Sakitnya tekak hanya Allah SWT sahaja yang tahu...mungkin disebabkan cuaca yang panas dan badan pun turut panas...maka tekak ini cukup perit dirasakan tiap kali telan air liur...

Maka dengan bersemangat nya minum air badak versi baru Cool Rhino..dah habis sebotol pun masih tak rasa ape-ape pun...adeh...seksa aku macam ni...rasa nyesal coz lately ni memang jarang sangat minum air suam then balik kampung hentam buah manggis...



Apepun...kala ini, rindu sangat Misz PE dengan masakan juadah berbuka dari air tangan emak...rindu sangat...uwaaaa....

Misz PE nak berkongsi juga dengan rakan blogger dan buat tatapan diri Misz PE pada masa akan datang...
Yelaaa tetibe teringat akan soalan adik bongsu Misz PE berkenaan niat puasa sebulan...


Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى' 
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...