Wednesday, August 24, 2011

Raya MERDEKA !!!

Selamat pagi Malaysia...
Alhamdulillah tahun ini kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan ;
* bonus dan rezeki yang diberikan...dari Allah SWT...syukur...
* kesihatan keluarga terutamanya emak yang semakin sembuh...amin...
*sambutan yang berlipat ganda kerana hari raya kedua bakal bertembung dengan sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-54 tahun...


Tanpa kita sedari...mungkin ada yang sudah lahir pada tahun kemerdekaan itu...
ataupun ibu bapa kita yang sudah lahir dan kita  sangat bertuah pabila wujud di dunia ini...
pabila mula membuka mata, negara sudah pun bebas dari cengkaman penjajah...
lantas terus menikmati kehidupan di negara yang aman damai...
yang seharusnya dikekalkan dan disyukuri...
bukannya dengan melibatkan diri dengan tindakan sesetengah pihak yang hanya menjatuhkan martabat bangsa, agama dan negara sendiri...
Bagi Misz PE...hari ini 24hb Ogos adalah hari permulaan cuti raya...yeay!!!
Selamat tinggal KL...i'll be back soon...
Maka peluang yang ada harus diambil tatkala Misz PE berpeluang merakamkan kehangatan persediaan sambutan kemerdekaan yang semakin menghampiri...


Let's check it out...










Tetapi sekadar sempat mengambil beberapa gambar di sekitar Dataran Merdeka...
yang merupakan laluan harian Misz PE pergi balik kerja...
kelihatan terdapat banyak sekali bendera Jalur Gemilang dikibarkan...
untuk itu, sekadar renungan bersama...
cuba kita hayati kemegahan dan kebanggaan kita sebagai anak Malaysia...
kita selami betapa kepayahan menuntut kemerdekaan yang sewajarnya dan selayaknya kita kecapi...
dan kita hargai...malah sayangi bangsa, agama dan negara tanah air ini...


p/s : Kami bangga berada di bumi mu Malaysia!!!

4 comments:

.: iEyLa :. said...

salam merdeka!!!

Heidi Shafiq said...

satu ari nanti aku nak jadi Perdana Menteri Malaysia.. :)

Misz Pinky Eyes said...
This comment has been removed by the author.
Misz Pinky Eyes said...

iEyLa : ...salam Merdeka juge.=D
Heidi :amin...wahh satu impian yang berwawasan...chaiyo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...