Tuesday, August 16, 2011

10 Tips Memilih Kasut !!!

Morning readers and bloggers...
Jeng jeng jeng...
Anda semua dah shopping kasut baru untuk raya yang bakal menjelang beberapa hari ni???
Misz PE here for sharing some tips untuk anda yang ingin membeli kasut yang menepati citarasa dan berbaloi jika kita membelinya...
So lets check it out!!!




1. Beli kasut pada waktu petang atau malam kerana pada waktu ini seluruh otot kaki akan mengembang dan membesar sedikit kesan daripada pergerakan harian.


2. Sarungkan kasut pada kedua-dua belah kaki dan pastikan kasut tidak menghimpit kaki. Berdiri tegak dan cuba berjalan untuk keselesaannya.


3. Pilih kasut yang sesuai dengan aktiviti kamu. Jika terlibat dengan kasut sukan, pilih kasut yang melindungi jari-jari kaki.


4. Pilih kasut yang berkusyen tebal dan diperbuat daripada bahan yang ringan bagi meminimumkan kecederaan.


5. Sekiranya kamu mencari kasut untuk tujuan aktiviti berjalan kaki atau berjogging, pilihlah kasut yang bertapak tebal untuk menahan hentakan tumit dengan tanah.


6. Pastikan tumit kaki dan jari tidak terkeluar daripada saiz asal kasut.


7. Jangan pilih kasut yang dirasakan terlalu ketat. Meskipun ada yang berpendapat lama-kelamaan kaki akan 'terbiasa', tetapi hakikatnya boleh menyebabkan kaki sakit dan melecet.


8. Ketahui materialnya. Pastikan material itu membenarkan kaki kamu 'bernafas' seperti kulit.


9. Kasut yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat dan kemas, tumit tidak terlalu tinggi dan mampu menampung kaki dengan stabil.


10. Jangan terpedaya dengan promosi dan tawaran kasut murah sehingga mengabaikan faktor keselesaan dan ciri-ciri praktikal kasut yang diingini.

Sumber ihsan ; Majalah Dara.com Edisi 100 Okt '10

The 'Sedetik Lebih' Shoes...

p/s : petua Misz PE ialah gigit-gigit hujung kasut yang baru dibeli itu...kononnya untuk elak dari kasut baru itu yang 'gigit' kaki kita dulu...hehehe

4 comments:

.: iEyLa :. said...

tips terakhir..
snap pic bnyk2 kasut favorite tu wat kenangan..hihi

Misz Pinky Eyes said...

hahaha...nice tips...
Misz PE setuju...better snap picts kasut2 yang baru dibeli...sebelum lapuk or rosak...

yaya said...

haha...tenQ 4 d tips...
btol erk nak kne gigit kasut tuuu ??
mcm2 daa dengar...
btw btol jugak..amek pic awl2 mase baru bli...hehehhe

Misz Pinky Eyes said...

well...itu petua dari orang dulu2 and Misz PE amalkan sampai skang tiap kali beli kasut baru...it works!!! hehehe
yezza...so jangan lupe snap pict kasut raya Yaya and upload dalam blog ye... =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...