Saturday, June 25, 2011

Gaya Tudung Berdasarkan Bentuk Wajah

Selamat Pagi Malaysia!!!
Last two days Misz PE baru je beli latest magazine yang menjadi favourite iaitu Dara.com...
Well Misz PE suke bace mag ni dari dulu dan menjadi koleksi memandangkan banyak 
info + tips + fesyen + resipi yang dikongsi bersama pembaca...
plus saiznya yang kecil mudah disusun dengan kemas di rak...

Antara tips yang menjadi kegemaran dan menarik minat Misz PE ialah 
''Penggayaan Tudung Dan Bentuk Wajah"...


Wahh...selama ini yang kita tahu dan sedari, bentuk wajah kita terdiri daripada bentuk bulat (Macam Misz PE), lonjong, bujur sireh dan bersegi...rupanya bentuk wajah kita ini juga boleh dikategorikan seperti buah-buahan yang biasa kita makan...


Tips ini agak penting untuk si dara yang gemar berfesyen dalam penggayaan tudung...kerana bukan semua gaya tudung sesuai dengan setiap orang...


WAJAH BUAH ANGGUR
 Untuk mereka yang mempunyai bentuk wajah bujur, mereka sebenarnya sangat beruntung dan bernasib baik. Mereka tidak perlu risau dengan apa jua penggayaan dan fesyen yang dilakukan.Wajah seperti ini boleh menggayakan fesyen tudung yang kemas, kembang, dan juga serabut. Semua fesyen ini tidak akan menjejaskan imej yang akan ditonjolkan.


WAJAH BUJUR PISANG
Tetapi, ada juga sesetengah orang yang mempunyai bentuk wajah bujur tetapi tidak sesuai  dengan sesetengah fesyen. Contohnya feseyn gaya tudung yang menggunakan awning, sesetengah mereka berwajah bujur sesuai menggayakan fesyen ini, sesetengah pula akan menampakkan wajah lebih kecil dan sempit. Jika ini berlaku, tudung awning yang digunakan perlu kosong dan tidak bercorak. Tetapi untuk langkah selamat, elakkan penggunaan tudung awning, kerana tudung awning lebih memberi ilusi kurus pada wajah. Ia lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk wajah yang bulat dan lebar.


WAJAH BUAH EPAL
Wajah bentuk seperti buah epal ini adalah wajah bulat tetapi lebar. Fesyen yang sesuai adalah fesyen tudung yang mempunyai awning kerana tudung awning serta merta akan menutupi tulang pipi dan bentuk wajah yang lebar tersebut.  Tetapi, jenis awning juga pelbagai, ada yang panjang pada bahagian pipi dan ada juga yang pendek. Jadi pilihan yang tepat adalah awning yang panjang pada bahagian pipi kerana boleh menutupi  sepenuhnya bahagian lebar di pipi. Saiz pada bentuk awning juga penting.


WAJAH BUAH STAWBERI
Terdapat juga sesetengah orang yang mempunyai bentuk wajah seperti buah strawberi iaitu besar di atas dan tirus pada dagunya. Wajah seperti ini kebiasaannya dipanggil berkepala lonjong. Bukan tidak cantik tetapi unik da manis apabila bertudung. Mereka tidak perlu risau dalam memilih fesyen dan penggayaan tudung kerana wajah seperti ini sesuai mengayakan apa jua jenis fesyen tudung.


WAJAH BUAH DELIMA
Bentuk wajah buah delima adalah bentuk wajah yang bulat tetapi kecil dan cantik. Wajah seperti ini yang dikatakan wajah comel. Sesuai juga menggayakan apa jua jenis fesyen kerana bentuk wajah seperti ini tidak mempunyai masalah dari segi bentuk tulang pipi dan rahang. Tetapi, penggayaannya pula perlu lebih kepada fesyen tudung yang tidak sarat dengan corak. Jika corak yang banyak lebih-lebih lagi berbentuk besar, fesyen ini akan membuatkan wajah si bulat comel ini lebih kecil dan tenggelam.


Sumber : Tips Tudung; Majalah Dara.com Edisi 108 Julai '11

7 comments:

Adlin Nazifa said...

kenapa yg buah delima tu takde emoticon ?
alaaa.,
hihihih

Misz Pinky Eyes said...

alaaa...buah delima takde dalam betuk icon..so Misz PE choose smiley yang comel dan bulat similar to buah delima...hehehe

bUdakTemBam~~ said...

muke kite boolat la,,hikhikhik

Misz Pinky Eyes said...

budak Tembam : muke Misz PE pun boolat gak..macam epal..huhuhu

Marniey said...

tak tahu bentuk muka mcm mna? :(

Misz Pinky Eyes said...

Marniey : try Marniey tengok cermin lame2...or tanye pendapat orang terdekat...huhuhu

FaTinFiRDaUs said...

sy bntuk buah epal.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...