Wednesday, June 1, 2011

Airmata Seorang Wanita

Kata orang airmata itu senjata utama wanita...
Benarkah lelaki mudah cair dan simpati seandainya melihat wanita mengalirkan airmata...?
Mungkinkah lelaki cepat resah dan gelisah jika membuat wanita kesayangan mereka menitiskan airmata...?
Lantas segera memohon maaf andai mereka melakukan kesilapan...
Secepat mungkin melaksanakan apa yang wanita kesayangan mereka hajati...
Sepantas kilat merealisasikan impian wanita yanhg bertakhta di hati...

Ahhh...mana mungkin mereka berbuat begitu...semudah itu...
Kaum lelaki kini rasanya mudah berserah...
Mereka juga seolah-olah cepat mengalah...
Malah ada yang mengabaikan titisan airmata berharga wanita di hadapan mereka...

Tidak mustahil mereka juga bisa melangkah...
Meninggalkan kaum wanita yang seiring dianggap lemah...
Terlalu sensitif...mudah terasa...
Ada juga yang mula mual kerana menganggap wanita ini mengada...

Pada mereka, biarlah wanita yang memujuk rasa sendiri...
Tatkala kering airmata maka keringlah jua rasa kecewa...
Pabila habis tangisan maka habis juga keinginan yang mereka impikan...

Jadi...kaum wanita kini...
Kita harus bagaimana...?

Misz Jang Nara in tears...sob sob sob...

3 comments:

Raihana Rahman said...

yup. betul tu. sesetengah lelaki cair dgn air mata wnita yg dia syg. tp sesetengah menganggap ngada2 dan cengeng. tu tnda dia tak syg kot. hehe

Riana said...

ada lelaki xbole kl wanita nangis sbb bila pmpuan nangis akn buat dia serabut and xtau mcm mana nak pujuk..so dia akan hangin and abaikan..betul jugak,kdg2 kita kena mahalkan skit air mata..bila jarang nangis brulah air mata tu dihrgai..kl slalu nangis memangla org pgl cengeng.hehe

Misz Pinky Eyes said...

TQ so much Raihana n Riana...
nama sume dekat2 la..huhuhu
tapi kan if lelaki yang menangis kerna perempuan..sure die sayang sangat perempuan tu dan campak jauh ego die...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...