Monday, June 13, 2011

8 Langkah Menzahirkan CINTA

1. PANGGILAN

Gunakan panggilan yang baik..gunakan seperti ''abang'', ''sayang'' dan sebagainya..
Nabi Muhammad S.A.W memanggil Aisyah dengan panggilan ''Humaira'' yang bermaksud ''si merah jambu''...


2. SALING BERKOMUNIKASI DAN BERHUBUNG

Komunikasi amat penting.. berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi..
penggunaan sms dan sebagainya amat baik...hantarlah mesej tertentu seperti jenaka, teka-teki dan sebagainya..
hubungan tanpa komunikasi adalah hubungan yang hambar.. lebih banyak kita berkomunikasi lebih banyak kita memahami..tetapi waspada, jangan terlebih komunikasi hingga bertukar menjadi benci..

3. HADIAH

Hadiahkanlah sesuatu kepada pasangan sempena hari keramaian seperti hari lahir, hari raya, hari pekerja atau hari minggu.. hadiah akan mewujudkan rasa kasih dan sayang..berilah hadiah nescaya kamu akan kasih mengasihi...hadiah pula tidak semestinya yang mahal..yang penting keikhlasan dan penghargaan...

4. MEMBUAT KEJUTAN

Mengajak teman istimewa makan di tempat tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari hujung minggu..

5. UCAPAN TANDA PENGHARGAAN

Jangan lupa mengucapkan terima kasih, ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya...


6. MEMBERI GALAKAN TERHADAP MINAT PASANGAN ATAU HOBINYA

Salah satu kaedah memberi galakan ialah menyediakan ruang pasangan melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri dengan hobi tersebut..jangan melarang pasangan kamu melakukan aktiviti kesukaannya.. ada kemungkinan pasangan kamu akan menghabiskan masa yang terlalu lama hingga mengabaikan tanggunggjawab atau menghabiskan wang yang banyak dengan aktivitinya..kamu boleh berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu...

7. MENJAGA LIDAH AGAR TIDAK BERCAKAP PERKARA YANG TIDAK SESUAI

Mulut murai, mulut 'laser' dan mulut celupar adalah perkara yang mesti dielakkan..ada kemungkinan kata-kata  akan menikam pasangan kamu dan menyedihkannya..

8. MENGHARGAI PEMBERIAN PASANGAN

Jangan dilihat pada kualiti atau harga pemberian itu..tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas menghadiah benda tersebut..yang lebih penting adalah yang tersirat, bukan yang tersurat... jaga pemberian tersebut dengan baik... jika tiada hadiah berbentuk material, ucapan sudah memadai...


sumber ihsan ; Majalah Dara.com Edisi 83 Mei 09

2 comments:

✿ boonga_kecik ✿ said...

wah... tangkap cintun nyer de hehe

Misz Pinky Eyes said...

hehehe...
semua orang perlu merasai keindahan dalam percintaan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...