Sunday, June 26, 2011

Makan @ Kenny Rogers Roasters..again...

KRR!!! i 'm back...last time rasa macam baru je makan dengan adeq Misz PE...
but this time makan dengan Cik Lels and Cik Mels...
sambil bergossip sakan...hahaha
jangan tak tau ni laa muke2 GOSSIP GIRLS..3 dara pingitan..ecece

muke LAPAR...tunggu order lagi ni...

itu dia..my Autumn drink...coke with chocolate ice cream...ala-ala float gitu..

macam biasa..Misz PE fav...quater meal Black Pepper Chicken...
with 3 side dishes, cole slaw + mashed potato + fruit salad

Cik Mels dengan muke kontrol LAPARnya...hehehe

fuhhhh...

p/s : bersyukur kerana kita berada di Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis makanan...

Misz Pinky Eyes @ ViVA

Mari kita beramai-ramai ke ViVA...
Sebuah shopping complex yang baru terletak di Cheras dan
berhampiran dengan Stesen LRT Miharja...
So sangat mudah untuk ke sana kan...
Well, what i can say is tempat ni memang besar dan kebanyakan kedai
menjual perabot dan alatan rumah...
memang sesuai untuk mereka yang baru nak mendirikan rumahtangga
or even untuk pilihan sekeluarga...
Kat sini pun ada panggung wayang MBO tau...huhuhu

Macam biasala, Misz PE went to ViVA last Friday Nite with Cik Lels and Cik Mels...
Niat di hati saje nak jejalan dan makan la ape lagi...hehehe
Nak tau Misz Pe makan ape?...juz tunggu the next entry bebeh...

perkataan ViVa terlindung dengan kepala laa..hehehe


tadaaaaa!!!

rasa macam gayat atas jejantas tinggi ni...

amboi Cik Lels tengah bz bagi repot tu..huhuhu

ruang legar di bawah ViVA

sebelum kite round tempat ni...baca information map dulu...

duduk jap eh...tunggu Cik Mels lum sampai...

i can touch the world...
p/s : entri @ ViVA yang penuh dengan picts and possing from Misz PE ni...hahaha

Saturday, June 25, 2011

Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul

Entri ni mungkin sangat lambat ditulis..huhuhu
Pada 4 Jun yang lepas Misz PE dan Cik Lels dijemput ke majlis aqiqah anak perempuan kepada 2 orang sepupu Misz PE (Abang Ajid n Kak Awa, adik-beradik yang dapat baby dekat2) di Cheras...
Kami sepakat memakai baju kurung bewarna PINK gitu...ecece
Tetapi Misz PE tidak dapat snap picture sewaktu marhaban dan cukur jambul dilaksanakan..
Sebab waktu itu kami sibuk berada di dapur, lagipun marhaban kumpulan lelaki yang hadir...

possing dengan doorgift kepada para tetamu


TQ so much Cik Lels coz sudi datang teman Misz PE dan sangat rajin membantu
daripada malam sebelum majlis hingga keesokkannya...cayalah =D

nilaaa salah seorang baby iaitu anak cousin Misz PE, Kak Awa...
nama dia unik dan panjang tapi Misz PE ingat Ulin je...huhuhu

nilaaa hadiah ikhlas dari Misz PE buat Ulin, baby bib..
biar nanti die mamam x comot momot...hehehe

Di bawah ini Misz PE sertakan petikan berkaitan dengan ibadah Aqiqah di sisi agama Islam...
Sebagai tatapan dan ilmu kita berkenaan dengan agama Islam yang suci dan sentiasa mengandungi pelbagai hikmah dan kebaikan dalam ibadah dan suruhan daripada Allah SWT...


AQIQAH UNTUK ANAK

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Hukum Aqiqah
Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Daging Aqiqah
Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.

Waktu Aqiqah
Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran
Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja.


Syarat sah aqiqah ialah:
Berniat aqiqah ketika menyembelih.
Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:
Binatang

Sunat-sunat Aqiqah ialah:
Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
Memberi nama yang baik kepada bayi
Berdoa ketika hendak menyembelih
Daging dimasak manis.
Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri
 
Hikmah Aqiqah
Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
Menggalakkan amalan sedekah.
melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
membiasakan berkorban bagi orang tua

Petikan daripada : http://www.mybengkung.com

"Myeaqma 1st GA"


Wahh Misz PE terharu kerana telah ditag oleh adik Ernaiqah untuk join 1st GA di blog Myeaqma. Suke2...TQ adik Ernaiqah...Join ramai-ramai besh ni...
teringin gak Mis PE nak menang hadiah misteri GA ni...
Mari kita baca all the terms and regulations...huhuhu

Syarat-syaratnye:


>>> follow blog ni - DONE

>>> buat 1 entry bertajuk "Myeaqma 1st GA" cerita apa je pasal Myeaqma 
masa 1st time korang bukak blog die ni - DONE (SEPERTI DI BAWAH)

Saat terpandangkan wajah cik adik Myeaqma yang manis..
rasanya dia cukup bertuah kerana punyai bentuk wajah ibarat buah delima...
wajah yang kecil dan comel...
maka segala bentuk dan gaya tudung sesuai dan cantik dikenakan di wajahnya...
Juga, gaya possing makan aiskrim ni memang nampak menyelerakan la...
lepas ni Misz PE nak makan aiskrim jugak la...hehehe


>>> letak banner kat entry dan sidebar lepas tu linkkan ke entry ni - DONE

>>> boleh tag 2 orang kawan korang. (lebih pun takpe. lagi suka!) - DONE
Misz PE nak tag 2 orang blogger ni :


>>>ouh jangan lupa komen dekat entry ni then letak link 
supaya Myeaqma boleh tengok blog korang - DONE

>>> tarikh tutup adalah pada 30 JUN 2011 pukul 12 tengah malam - SEMPAT LAGI NI

>>> hadiah akan diupdate kemudian - WAITING

Gaya Tudung Berdasarkan Bentuk Wajah

Selamat Pagi Malaysia!!!
Last two days Misz PE baru je beli latest magazine yang menjadi favourite iaitu Dara.com...
Well Misz PE suke bace mag ni dari dulu dan menjadi koleksi memandangkan banyak 
info + tips + fesyen + resipi yang dikongsi bersama pembaca...
plus saiznya yang kecil mudah disusun dengan kemas di rak...

Antara tips yang menjadi kegemaran dan menarik minat Misz PE ialah 
''Penggayaan Tudung Dan Bentuk Wajah"...


Wahh...selama ini yang kita tahu dan sedari, bentuk wajah kita terdiri daripada bentuk bulat (Macam Misz PE), lonjong, bujur sireh dan bersegi...rupanya bentuk wajah kita ini juga boleh dikategorikan seperti buah-buahan yang biasa kita makan...


Tips ini agak penting untuk si dara yang gemar berfesyen dalam penggayaan tudung...kerana bukan semua gaya tudung sesuai dengan setiap orang...


WAJAH BUAH ANGGUR
 Untuk mereka yang mempunyai bentuk wajah bujur, mereka sebenarnya sangat beruntung dan bernasib baik. Mereka tidak perlu risau dengan apa jua penggayaan dan fesyen yang dilakukan.Wajah seperti ini boleh menggayakan fesyen tudung yang kemas, kembang, dan juga serabut. Semua fesyen ini tidak akan menjejaskan imej yang akan ditonjolkan.


WAJAH BUJUR PISANG
Tetapi, ada juga sesetengah orang yang mempunyai bentuk wajah bujur tetapi tidak sesuai  dengan sesetengah fesyen. Contohnya feseyn gaya tudung yang menggunakan awning, sesetengah mereka berwajah bujur sesuai menggayakan fesyen ini, sesetengah pula akan menampakkan wajah lebih kecil dan sempit. Jika ini berlaku, tudung awning yang digunakan perlu kosong dan tidak bercorak. Tetapi untuk langkah selamat, elakkan penggunaan tudung awning, kerana tudung awning lebih memberi ilusi kurus pada wajah. Ia lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk wajah yang bulat dan lebar.


WAJAH BUAH EPAL
Wajah bentuk seperti buah epal ini adalah wajah bulat tetapi lebar. Fesyen yang sesuai adalah fesyen tudung yang mempunyai awning kerana tudung awning serta merta akan menutupi tulang pipi dan bentuk wajah yang lebar tersebut.  Tetapi, jenis awning juga pelbagai, ada yang panjang pada bahagian pipi dan ada juga yang pendek. Jadi pilihan yang tepat adalah awning yang panjang pada bahagian pipi kerana boleh menutupi  sepenuhnya bahagian lebar di pipi. Saiz pada bentuk awning juga penting.


WAJAH BUAH STAWBERI
Terdapat juga sesetengah orang yang mempunyai bentuk wajah seperti buah strawberi iaitu besar di atas dan tirus pada dagunya. Wajah seperti ini kebiasaannya dipanggil berkepala lonjong. Bukan tidak cantik tetapi unik da manis apabila bertudung. Mereka tidak perlu risau dalam memilih fesyen dan penggayaan tudung kerana wajah seperti ini sesuai mengayakan apa jua jenis fesyen tudung.


WAJAH BUAH DELIMA
Bentuk wajah buah delima adalah bentuk wajah yang bulat tetapi kecil dan cantik. Wajah seperti ini yang dikatakan wajah comel. Sesuai juga menggayakan apa jua jenis fesyen kerana bentuk wajah seperti ini tidak mempunyai masalah dari segi bentuk tulang pipi dan rahang. Tetapi, penggayaannya pula perlu lebih kepada fesyen tudung yang tidak sarat dengan corak. Jika corak yang banyak lebih-lebih lagi berbentuk besar, fesyen ini akan membuatkan wajah si bulat comel ini lebih kecil dan tenggelam.


Sumber : Tips Tudung; Majalah Dara.com Edisi 108 Julai '11

Friday, June 24, 2011

KFC Ole Pocketful

KFC lagi!!!!
It's a celebration of flavors!!!
There's a celebration in every bite with the new KFC Ole Pocketful...
Tender Zinger fillet, diced tomatoes, crunchy corn chips, juicy pineapples,
cheese, Mexicano sauce,
all lightly toasted in a tortilla wrap...
Enjoy it with a side of potato wedges and ice-cold carbonated drink...Ole!!!

Wahhh...Mr Colonel yang menyampaikan amanat tu pada Misz PE tau...dah laa speaking...
tercengang-cengang I nak paham...huahuahua...
Juz kidding...Misz PE quotes dari newspaper myToday semalam...
kala terpandangkan iklan Ole Pocketful KFC ni..baru I remember yang I baru je mamam ni ritu...



Jangan tak tau...if anda tambah lagi RM5.50...
maka anda berpeluang membawa sebuah  Mini Cooper pulang!
Haip...kecik je..bukan yang kita boleh drive kat jalan raya nun...
so bolehlah dijadikan koleksi kerana ada pelbagai warna untuk dijadikan pilihan..
Misz PE pilih warna putih...if ade warna PINK dah lama kena grab...lalalala

Thumbs Up!!! jom makan...
p/s : again...muke Misz PE tidak ditonjolkan...saye makin CHUBBY!! oh no!!!

Having Cake and Coffee @ Secret Recipe

Gud morning readers...followers...and everybody...
Juz for sharing....u alls mamam tak kek kat Secret Recipe???
what?not yet...cian...but nwae if anda ade peluang or teringin nak makan at least a slice of any Secret Recipe cake...dun forget untuk datang dalam waktu 3-6 pm...
coz during this hours free coffee and tea will be served...
tetapi hanya bagi mereka yang menjamu selera di restoran itu...bukan untuk yang take away tau...

So last week Misz PE and Cik Mels melepaskan kerinduan mamam kek
di Secret Recipe @ Central Market...
Let's see apa yang Misz PE makan...
but sorry kay picts ade kureng sikit...tak bawak camera..juz using my BB...

Misz PE mamam Chocolate Fudge cake...it's yummy!!! but muak sikit ler...

with Black Coffee...so malam nanti bole tido lewat..update blog...hehehe

p/s : TQ for reading this...
dun forget to have a slice of cake and either coffee or tea 
(can choose black or white coffee, jasmine tea or regular tea) @ Secret Recipe...

Misz Pinky Eyes New Header

Setelah berhempas pulas ngadap lappy dan blog tutorial...
Misz PE berjaya menghasilkan header yang pertama dengan design yang simple je...
But like someone said to me..sometimes less is more...
Mari kita imbas header Misz PE sebelum ini yang menggunakan header dari template LeelouBlogs..


Actually Misz PE suke header ni coz ade cupcake and ice cream...
But teringin gak nak header yang dibuat hasil usaha sendiri kan...even simple je...but ni baru my 1st design dengan kadar yang sangat segera...next time i'll do better..ecece...konon je...

warna pink yang lebih soft...

So this is my latest header for now...huhuhu...juz paste the new logo of Misz Pinky Eyes...
and letak background...walaaa....huhuhu
Nwae kredeit to http://teknikbuatblog.blogspot.com/ kerana dari blog anda lah Misz PE
belajar insert  header gambar yang kita design sendiri...
Till then...Ngantokkk....zzzzzz

Thursday, June 23, 2011

Misz Pinky Eyes New LOGO

Yeah!!!!
Dengan ini dipersembahkan Misz Pinky Eyes new Logo which is design 100% by Misz PE, myself..LOL
Actually lame dah nak buat projek ini but totally terbengkalai coz of my mood swing ni..huhuhu

the symbol of me, myself as Misz Pinky Eyes


pink pong...huhuhu
So lets me start with a little brief 'bout my new logo...
the colour of course PINK okay...nama blog pun Misz Pinky Eyes kan...
Apa pict kecik2 tu eh?
okies...Misz PE put 4 ikon yang melambangkan diri and blog Misz PE ni...
high heels + tote handbag + shades + lollypop = Misz Pinky Eyes
nampak tak???hehehe...
well macam ni...heels and handbag is my love..ikon fesyen and style for girls and women..rite?
then...lollypop..is sweet...and kiut...like Misz PE ni..hahaha (jangan mare)
lastly the shades, refer to myself yang always hide and camouflage ni...awwww

Wednesday, June 22, 2011

My MOM is Amazing

My Mom Is Amazing lyrics by Zain Bhikha

She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don't you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel
Then she makes something warm for me to drink
Cos it's cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing

She makes me feel
Like I can do anything
and when she's with me
there's no where else, I'd rather be
After School, she's waiting by the gate
I'm so happy that I just can't wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes
Then I wind her up cos I don't wanna bath
And we run around the house with a laugh

No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away
Who one day became a princess
I'm so happy, I don't want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I
To have a Mom that's so amazing
 


Then I wake up in the morning, she's not there
And I realize she never was
And I'm still here in this lonely orphanage
With so many just like me
And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there's a pain in my heart that's a craving
How I wish I had a Mom that's amazing
Would be amazing

p/s : Misz PE terjumpa clip video lagu ini di you-tube..
dengan 3,557,301 viewers... likes..(setakat ini)
wow..liriknya cukup indah dan memberi makna...
untuk itu, jika kita masih punya ibu dan bapa...sayangi, hormati dan hargai mereka...
sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka tiada tandingannya...
 

Rindu Emak...

aku makin stress...
pagi-pagi lagi dah dapat sms yang menambahkan jiwa kacau aku...
aku tak tahu nak rujuk dan tanya pendapat siapa...
aku dapat rasakan orang sekeliling sudah mula bosan dan jemu dengan masalah aku ni...
lantaran tindakan aku nanti akan turut memberi kesan pada kehidupan mereka seharian...

untuk itu...
aku rasa lebih baik aku ambil langkah berdiam diri dan berpura-pura...
kononnya tiada apa yang melanda jiwa dan minda aku...
dari awal minggu ini...aku berjaya pendam segalanya...
namun sesiapa yang terkena tempias aku mohon maaf...
bukan niat...cuma tidak dapat kawal emosi yang melanda...
dan juga rasa gundah gulana...
itulah kelemahan aku yang paling ketara...

Wanita ini...i LOVE her to death...

kala ini...
rindu emak sangat-sangat...teramat-amat...

Tangisan Maggi Kari...

sob sob sob...
entri sedih di tengah malam hari...
akhir-akhir ni jiwa aku memang kacau...
minda terganggu...
terlalu banyak masalah yang asyik menimpa dan semakin bertimpa-timpa...

rasa lapar membuak-buak tengah malam ni...
sebenarnya baru-baru ini aku kurang berselera...
dek terlalu ikutkan perasaan dan jiwa yang sangat terganggu...
tapi macam biasala..aku tetap paksa diri untuk makan...

tiap kali makan makanan yang biasanya penuh nikmat, rasa macam dah kurang nikmat...
kerna waktu makan otak tetap melayang dan menerawang...

kerana rasa jimat dan sayang jika tak habis aku tetap bagi pinggan licin...
aku ni makan gaji je...duit yang digunakan untuk beli makanan perlu dihargai...
maka aku tetap habiskan makanan aku...

dan tadi...
tidak semena-mena...
aku makan maggi sambil menangis...
meratapi masalah dan dugaan yang melanda diri...
kenapa aku tak dapat kecapi bahagia yang aku inginkan?
kenapa harus aku diterpa dengan pelbagai masalah begini?

dan aku...
masih lagi menangis...
bukan kerna maggi kari yang pedas tadi...


p/s : entri sedih + giler + meroyan tengah malam

Tuesday, June 21, 2011

Hormati Orang Lain Pabila Anda Bersuara

Seringkali kita dengarkan ungkapan gentleman...ladies first...
Semua itu ibarat ungkapan yang lebih kepada isu jantina...kaum Adam dan kaum Hawa...
yang sememangnya berbeza dari sudut sensitiviti dan peribadi diri...
kononnya juga kaum Hawa iaitu kaum perempuan ini lemah berbanding lelaki...
memang banyak kebenarannya...
untuk itu rasanya pihak lelaki yang bertutur ikut sedap mulut tanpa ambil peduli akan jiwa dan hati perempuan yang lembut ini, sebenarnya menunjukkan mereka sendiri lemah...

Sebenarnya, Misz PE terpanggil untuk menulis entri ini kali ini berdasarkan pengalaman yang agak menjengkelkan...dalam minggu lepas...
Mari kita imbas kembali.....jeng jeng jeng...flashback insiden yang berlaku hari Jumaat lepas...
Rasanya tidak perlu dinyatakan dengan detail di mana dan masa kejadian berlaku...
Wahhhh.....suspens gitu....

Waktu itu Misz PE berjalan seorang diri (ramai orang lain di sekeliling tempat awam ini)...so rasanya agak rimas lantas Misz PE cuba amik port yang paling kurang orang dan paling banyak tempat untuk orang duduk...
Kemudian kedengaran suara dua orang lelaki yang dalam pertengahan umur berbual dari arah belakang Misz PE dengan asyiknya sambil ketawa kegembiraan....membuatkan diri ini tertarik untuk menoleh ke belakang..
mereka tidak langsung pandang akan Misz PE, lantas mereka terus duduk di tempat duduk betul-betul belakang Misz PE...
Dari pengamatan Misz PE, umur kedua-dua lelaki ini dalam 40-an dan memiliki kerjaya yang bagus....ditambah lagi dengan cara dan gaya pertuturan mereka...nak tambah lagi nih, perut mereka ni memang boroi so memang membuktikan mereka ini golongan yang senang lantaran dapat makan dengan banyaknya...huhuhu

Berbalik pada keasyikan mereka ini bersembang....Misz PE pula kala itu sedang asyik membaca majalah yang baru dibeli...mulanya mereka ini berborak tentang kerjaya masing-masing...kena outstation oversea laa....dapat tender dari China laa....itu laa....ini laaa...wahhhhh Misz PE mula terlintas yang sure poket mereka ni berkepuk je kan...hehehehe
Kemudian...yang tidak sedap didengar...apabila seorang daripada mereka mula menukar topik...
agak-agak you all topik apa yang hangat diperbualkan kaum lelaki bila berkumpul....
yezzaa...pasal kaum perempuan la apa lagi kan...huhuhu

''Kau nak tengok tak?'' 
''Tengok pe?'' 
''Jap eh''
...kemudian dengarlah mereka ketawa dengan bermaharajalela nya....Misz PE sudah mula hilang konsentrasi...
''Wah...cantik tu...body die putih gebu!!! orang mane ni? Sarawak ke?''
''Hahaha...biasala....orang sini...''
''Nombor berapa ni? isteri nombor tujuh ko ke?hahahaha''
(diorang ni bercakap sambil ketawa je gamaknya)
''Taklaa....yang ini kawan-kawan je...buat koleksi''
''Bagus-bagus!!! Pandai kau pilih!!!''

Sejurus lepas itu Misz PE terus angkat kaki dengan rasa membara dan geli geleman dengan mereka berdua...
orang Melayu...orang Islam...lelaki..yang sudah pertengahan umur dan Misz PE percaya if mereka ada anak perempuan sure dah anak dara...
Di depan mereka tatkala khayal bergosip tentang seorang perempuan juga ada seorang perempuan sedang duduk...apa tujuan mereka bercakap tentang hal sedemikian di depan seorang perempuan yang lain...
Jika sekadar omong kosong atau suka-suka...sekurang-kurangnya pandanglah orang sekeliling...
Buat malu kaum je....ish ish ish

u better shut up!!! if u wanna say bad things 'bout me!!!

Monday, June 13, 2011

8 Langkah Menzahirkan CINTA

1. PANGGILAN

Gunakan panggilan yang baik..gunakan seperti ''abang'', ''sayang'' dan sebagainya..
Nabi Muhammad S.A.W memanggil Aisyah dengan panggilan ''Humaira'' yang bermaksud ''si merah jambu''...


2. SALING BERKOMUNIKASI DAN BERHUBUNG

Komunikasi amat penting.. berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi..
penggunaan sms dan sebagainya amat baik...hantarlah mesej tertentu seperti jenaka, teka-teki dan sebagainya..
hubungan tanpa komunikasi adalah hubungan yang hambar.. lebih banyak kita berkomunikasi lebih banyak kita memahami..tetapi waspada, jangan terlebih komunikasi hingga bertukar menjadi benci..

3. HADIAH

Hadiahkanlah sesuatu kepada pasangan sempena hari keramaian seperti hari lahir, hari raya, hari pekerja atau hari minggu.. hadiah akan mewujudkan rasa kasih dan sayang..berilah hadiah nescaya kamu akan kasih mengasihi...hadiah pula tidak semestinya yang mahal..yang penting keikhlasan dan penghargaan...

4. MEMBUAT KEJUTAN

Mengajak teman istimewa makan di tempat tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari hujung minggu..

5. UCAPAN TANDA PENGHARGAAN

Jangan lupa mengucapkan terima kasih, ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya...


6. MEMBERI GALAKAN TERHADAP MINAT PASANGAN ATAU HOBINYA

Salah satu kaedah memberi galakan ialah menyediakan ruang pasangan melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri dengan hobi tersebut..jangan melarang pasangan kamu melakukan aktiviti kesukaannya.. ada kemungkinan pasangan kamu akan menghabiskan masa yang terlalu lama hingga mengabaikan tanggunggjawab atau menghabiskan wang yang banyak dengan aktivitinya..kamu boleh berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu...

7. MENJAGA LIDAH AGAR TIDAK BERCAKAP PERKARA YANG TIDAK SESUAI

Mulut murai, mulut 'laser' dan mulut celupar adalah perkara yang mesti dielakkan..ada kemungkinan kata-kata  akan menikam pasangan kamu dan menyedihkannya..

8. MENGHARGAI PEMBERIAN PASANGAN

Jangan dilihat pada kualiti atau harga pemberian itu..tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas menghadiah benda tersebut..yang lebih penting adalah yang tersirat, bukan yang tersurat... jaga pemberian tersebut dengan baik... jika tiada hadiah berbentuk material, ucapan sudah memadai...


sumber ihsan ; Majalah Dara.com Edisi 83 Mei 09

Bila Rindu kan Ku Sebut Namamu...

Rindu awak...
Awak rindu saye tak?...
Awww soalan macam gedik je kan...
Lain la if kita tanya hubby kite ke...encik tunang kite ke...
Takpun yang memang konfem boyfren kite kan...
Ni tak...saje tanye ngengade kat orang yang tetibe kite rindu sangat-sangat...
Misalnya dekat someone yang belum kite declare any type of relationship lagi...
Not officially yet...

But..bukan satu kesalahan kan...mane lah tau orang tu pun tengah layan rindu dan angau kan kite ni..
Tengah peluk bantal bushuk sambil guling-guling bayangkan wajah kita yang senyum memalu garfield...
Takpun die tengah teringatkan saat die dok skodeng telatah kite tanpa kite sedari...
Sebenarnye kite yang macam tu...jadi kite harap dan berangan yang die pun akan buat dan rasa sama macam kite kan...tapi tu untung je kalau kite ni bukan stock bertepuk sebelah tangan...
Tepuk tepuk tepuk...

Bila kite rindu...kite selalu malu nak mengaku...
Takut lah...bimbang pun ade...
Kalau kite je yang rindu...die?
Yelaaa siapalah diri kite ni nak dibandingkan dengan awak tu...
Kite tak comey..tapi wajah kite manis...tak jemu dipandang...ece
Kite tak kaya...tapi kite tak mengemis dan mintak sedekah...juga tak makan gaji buta...
Ngeh ngeh ngeh...

Macam ni jelaaa eh...
Awak...
Kite rindu awak tau...
Kite tunggu sampai awak bagitau awak rindu jugak...



p/s : entri RINDU yang entah ape-ape entah...huhuhu
tiada kaitan dengan sesiapa sahaja sama ada yang hidup mahupun sudah tiada...
kecuali bagi mereka yang terasa...ouchh

Sunday, June 12, 2011

Sekadar Memuji...

Kau Satu Dalam Sejuta...
Wajahmu Indah Laksana Bulan...
Suaramu Merdu Bak Buluh Perindu...

sering kali kita dengar ayat seperti di atas sama ada pada tajuk lagu...lirik lagu...puisi...nukilan...
malah mungkin ada yang pernah mendengar ayat itu diungkapkan oleh seseorang...
atau anda sendiri yang mengungkapkannya...



ouchhh...indahnya dirasakan jika ayat itu yang diungkapkan oleh insan yang kita disayangi...dicintai...
namun, benarkah ayat itu benar-benar dimaksudkan oleh insan yang menuturkannya?
ataupun sebenarnya ayat itu hanya merujuk kepada maksud yang negatif atau sindiran...

rasanya ramai di antara kita pernah mengungkapkan kata-kata manis...
kononnya agar si pendengar berasa bangga...gembira...lega...
mahupun agar kita peroleh apa yang diinginkan...

ataupun kita sendiri yang pernah menjadi mangsa mereka si pendusta yang gemar bermain kata...
yang gemar menghamburkan kata-kata manis dan pujian melambung...
kita pula berasa diri di awang-awangan...
kemudian dengan segera terpengaruh ataupun dipengaruhi...

jangan disalahkan mereka yang sekadar bermain kata...
kita yang mendengar seharusnya lebih berhati-hati...
layakkah kita menerima ungkapan demikian?
semestinya layak kerna kita juga insan biasa yang gemar dipuji tetapi segan untuk mengaku...
cuma jangan dimakan pujian lantas bertindak melulu dan terpedaya...

siapa tahu kita hanya dimain-mainkan...
siapa ambil kisah jika mereka hanya berpura-pura...
siapa peduli pabila kelak kita yang menderita...
siapa  sangka mereka beroleh ganjaran setelah memberi pujian...

oleh itu ingatlah...
jangan mudah termakan pujian...
dan jangan mudah perasan...
bukan semua insan punya keikhlasan...

Saturday, June 11, 2011

Kerna Ku Sayang Kamu

Kerna Ku Sayang Kamu
by Kumpulan Dygta

seandainya kau ada disini denganku
mungkin ’ku tak sendiri
bayanganmu yg selalu menemaniku
hiasi malam sepiku
kuingin bersama dirimu


kutak akan pernah berpaling darimu
walau kini kau jauh dariku
‘kan slalu kunanti 
karena kusayang kamu


hati ini selalu memanggil namamu
dengarlah melatiku
kuberjanji hanyalah untukmu cintaku
takkan pernah ada yg lain


adakah rindu di hatimu
seperti rindu yg kurasa
sanggupkah kuterus terlena
tanpamu di sisiku
kukan selalu menantimu


layan jiwang lagi...lagu balada daripada Kumpulan Dygta lagi...
syahdu dan membelai...bisa buat kita tidur dengan lena dan diulit....
sebenarnya lagu ini dah agak lama tapi Misz PE yang ketinggalan..huhuhu

Pilihan WARNA PAKAIAN Ke Pejabat

Tahukah kamu warna-warna yang kamu gayakan setiap hari di pejabat mempunyai pengertian yang tersendiri..
Penting bagi kamu untuk mengetahuinya agar ia dapat membantu kamu untuk mencipta ''mood'' semasa bekerja...
Paling penting kamu lebih bersemangat!


UNGU
Erti : ANGGUN, ELIT



HITAM
Erti : PINTAR, FORMAL, KLASIK



COKLAT
Erti : SEDERHANA, JUJUR, BERSAHABAT



PUTIH
Erti : MURNI, JERNIH



BIRU
Erti : SEJUK, KUAT, KUKUH, BERSAHABAT



KUNING
Erti : HARAPAN, BAHAGIA, CERIA



HIJAU TERANG
Erti : PEMBAHARUAN, STABIL, MATANG, SEGAR



MERAH
Erti : SEMANGAT, KEKUATAN






sumber : Majalah Dara.Com Edisi 82 April 09

The ''Baby Faced Beauty" Jang Na Ra

Jang Na Ra ohh Jang Na Ra!!!
Misz PE adore this actress ever since pernah ikuti drama dia ''My Love Pattzi''...
''A Successful Story Off A Bright Girl'', ''Wedding'' and movie ''Oh Happy Day''...

comey kan saye???kan kan

Muka dia memang kiut sangat rasanya bole ilang marah and sejuk je ati...apatah lagi bile die buat muke comey and kesian...nak geget2 je if ade budak kecik muke macam Jang Na Ra ni...

Okey back to the topik seperti tajuk entri kat atas nun...Misz PE rasa happy and so excited bila find out ade the latest drama lakonan Jang Na Ra yang dirindui kat channel Astro KBS rite now...
Yup tajuk drama tu ialah ''Baby Faced Beauty'' yang memang sesuai dengan wajah Jang Na Ra yang tak dimakan usia...

Baby Faced Beauty actor and actress

hero nye kureng hensem laa..tapi sesuai dengan wataknya..huhuhu

Mengisahkan Lee So Young (Jang Na Ra) yang berusia 34 tahun dengan wajah yang kelihatan lebih muda dari usianya...Namun dia telah diberhentikan kerja dan mengalami kesukaran mendapat pekerjaan baru kerana umurnya yang kian meningkat...Tetapi semuanya berubah apabila dia menggunakan identiti adiknya yang berusia 25 tahun untuk bekerja di sebuah syarikat fesyen yang terkemuka...

Di samping itu Lee So Young turut mengalami tragedi lucu yang membibitkan perkenalan dengan hero, Choi Jin Wook (Daniel Choi) yang sebenarnya merupakan seorang anak hartawan...tetapi Choi cuba memulakan hidup baru setelah mengalami pertelingkahan dengan keluarga dan cuba berdikari...

Jangan lepaskan peluang menonton drama pelakon kesayangan Misz PE ini di Astro Channel 391 KBS World pada setiap Isnin dan Selasa jam 9.55 malam...


muka yang memang macam budak sekolah

Oleh kerana Misz PE saaaayang sangat Jang Na Ra ni...
sedikit biodata disertakan di bawah tentang my favourite actress of all time...
dia ni bukan saja pandai berlakon...juga seorang penyanyi yang punyai suara halus dan comel sesuai dengan orangnya...kan kan kan....mwah mwah mwah

sekali imbas waktu ni Jang Na Ra macam muka heroin drama Boys Over Flowers
berani cakap saye tua!!!! amik nih!!!


Profile
Name: Jang Na Ra
Nicknames: Jang Nan Han Ya? (It means "Are you playing around?") and Tweety
Chinese name:  Zhang Na La
Profession: Actress and singer
Birthdate: 1981-Mar-18
Birthplace: Seoul, South Korea
Height: 160cm
Weight: 45kg
Star sign: Pisces
Blood type: A
Family: Parents, a brother and grandmother
Talent agency: Pure Entertainment


TV Shows
Baby-faced Beauty (KBS2, 2011)
Diao Man Qiao Yu Yi (2011)
Iron Masked Singer (2010)
Size 55 (TBA, 2009)
Good Morning Shanghai (2007)
Wedding (KBS, 2005)
Banjun Drama (SBS, 2005)
My Bratty Princess (CCTV, 2005)
Dou Kou Nian Hua
Love Is All Around (MBC, 2004)
Hello! Balbari (KBS2, 2003)
My Love Patzzi (MBC, 2002)
Successful Story of a Bright Girl (SBS, 2002)
Nonstop 2 (MBC, 2001)


TV Show Theme Songs
Fan Zhe Ba, My Bratty Princess opening theme song (2005) with Alec Su
Tian Bian, My Bratty Princess insert song (2005)


Movies
Girl's Revolution (2007)
Oh! Happy Day (2003)


Recognitions
15th Chunsa Film Festival: Hallyu Star Award


Trivia
Education: Chungang University (Theater and Art degrees)
Hobbies: Cross-stitch
Specialty: Ocarina, dance and flute
Languages: Korean, Mandarin and English
Religion: Christianity

sumber ihsan dari :  http://wiki.d-addicts.com/Jang_Na_Ra

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...