Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu istimewa buat Emak ('',)

Selamat Hari Ibu istimewa buat emak tersayang, Puan Hamsah Binti Abdul Hamid...
Deq-Ann sentiasa doakan yang terbaik buat emak...
Semoga emak sentiasa tabah dalam mengharungi hidup ini dengan pelbagai dugaan dan cabaran..
Emak mesti kuat dalam melawan penyakit dan kesihatan emak semakin pulih...
Tiada yang lebih menggembirakan selain melihat emak sihat walafiat seperti dulu...
Deq-Ann rindu sangat nak rasa masakan emak yang sedap...rindu sangat semuanya...
Emak lah segalanya...segala yang terbaik adalah daripada diri emak...

Maaf emak kerna tahun ini tiada sebarang hadiah istimewa seperti tahun yang sudah...
Rasanya yang teristimewa ialah menjaga emak di depan mata sendiri...masak makanan untuk emak...
Menyediakan segalanya yang termampu untuk emak..
Maafkan Deq-Ann wahai emak andai sepanjang menjaga emak banyak kekurangan dan ketidaksempurnaan..
Sesungguhnya tiada kasih dan sayang dari mana-mana insan pun yang mampu mengatasi kasih dan belaian emak pada anak-anaknya...



Juga buat para ibu dan yang bakal menjadi seorang ibu kelak...
SELAMAT HARI IBU...
Sesungguhnya kasih ibu itu membawa ke syurga...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...