Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru Istimewa Buat Para Guru

Hari ini 16 Mei 2011..
Selamat Hari Guru buat para guru di seluruh tanah air dan di pelusuk dunia...
Rakan-rakan Misz PE ramai juga yang menjadi pendidik ni...begitu juga dengan
pakcik, makcik, sepupu sepapat dan sedara mara...
Dan ada juga rakan  Misz PE yang menyambut Hari Lahir pada hari ini...

Teringatkan zaman sekolah dulu, waktu inilah kita sebagai murid kena buat macam-macam persembahan..
Sebut je..setiap kelas wajib antar wakilnye kan..so you all pun sure pernah terlibat nih...
Dari mendeklamasikan puisi, bercerita, dikir barat, boria, pementasan drama dan teater, aiihhh banyak lagila...
Hari ini juga kebiasaannya para guru dikehendaki naik ke pentas dan menyanyi lagu tema guru mereka...
Then ade juga pertandingan dan cabutan bertuah...seronok kan...
Paling seronok sebab satu hari takyah bukak buku dan dengar bebelan cikgu kita..huhuhu

Waktu ini juga, murid-murid akan hadiahkan macam-macam buat guru kelas dan mungkin juga guru favourite...ecece
Misz PE teringatkan, waktu sekolah rendah lagi kan...Misz PE and member2 suke bagi present pada guru praktikal ni..yelaa diorang ni sporting...muda mudi...cantik2 dan hensem2..huhuhu
Pernah sekali tu dalam Darjah 4 kot, Misz PE terlupa lak yang esoknya hari guru, so malam tu kat rumah menjajau cari mangsa hadiah nak diberi kat cikgu praktikal sorang nih...kalau tak bagi macam tak beshkan..
Then nak tau pe yang Misz PE sauk buat hadiah...jeng jeng jeng...mug besar free beli ubat gigi Darlie kalau tak silap..wawawa...

Pernah tengok tak drama popular Jepun lakonan besh bangat Takashi Sorimachi...
Yezzzaaa...''GTO, Great Teacher Onizuka''
Asalnya ia adalah daripada siri komik yang popular kemudian dijadikan drama dengan barisan pelakon yang memang besh especially the hero and heroin...
Seorang guru lelaki bernama Onizuka yang macam gila-gila je orangnya..but memang macho dan sentiasa menjadi penyelamat murid-muridnya yang menghadapi masalah...bagi mereka yang belum pernah tengok jangan lupe download..alaaa sure ade if you all cari @ internet di hujung jari anda..huhuhu


Okaylah, lastly buat semua guru,
Jasa kalian memang tidak terbalas..tanpa guru kita tidak akan jadi seperti hari ini...
Tidak akan tahu membaca, menulis, mengira dan menjadi insan yang berguna kepada
ibu bapa, masyarakat, agama,bangsa dan negara...

TERIMA KASIH CIKGU!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...