Saturday, May 28, 2011

A Moment To Remember is A Movie To Remember

Kali ini Misz PE ingin berkongsi dengan anda semua..sebuah filem Korea '' A Moment To Remember'' 2004 lakonan hebat Son Ye Jin yang manis dan cantik bersama hero Jung Woo Sung aka Johnny Depp Korea...
Son Ye Jin merupakan salah seorang heroin Korea kesayangan Misz PE...so banyak movie lakonan dia Misz PE dah tonton..but lakonan dia dalam movie ni memang besh sangat...


Filem Korea ini satu-satunya filem yang buat Misz PE menangis teresak-esak seorang diri kala menonton saat-saat sedih dan touching...hinggakan Misz PE promote dengan si dia dan rakan terdekat agar jangan lepaskan peluang menonton filem ni..so u alls pun same gak tau...



Mengisahkan tentang seorang wanita, Soo Jin yang hampir kahwin lari dengan seorang lelaki yang telah beristeri...namun kerana sikapnya yang agak pelupa telah menemukan dia dengan seorang lelaki macho yang sangat ego , Chul Soo tetapi seorang yang sangat penyayang...

Pelbagai aksi romantik di sepanjang perkenalan mereka berdua, percintaan mereka yang terhalang juga saat mereka telah mendirikan rumahtangga...Misz PE sentiasa tersenyum dan dibuai rasa bahagia jika menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri ini...sukeeee sangat...asyik senyum sambil peluk2 teddy bear busyuk..huhuhu...bayangkan pabila Soo Jin yang manja bertemu dengan Chul Soo yang agak garang dan ego...tetapi egonya sentiasa tewas dek penangan cinta antara mereka...


Namun kebahagiaan mereka seakan diuji dengan pelbagai rintangan lebih-lebih lagi apabila Soo Jin telah disahkan menghidapi penyakit Alzheimer...kasih sayang dan kesetiaan Chul Soo tidak pernah berbelah bahagi kerna masih sanggup menjaga Soo Jin sendiri walaupun dihalang keras oleh keluarga Soo Jin yang kasihan akan menantunya itu...

Waktu ini, percayalah anda pasti akan mengalirkan air mata melihatkan pengorbanan Chul Soo dan kesabarannya menjaga isteri yang semakin hari semakin pelupa dan hampir nyanyuk itu...siyes memang tangkap leleh...kala ini Misz PE rasakan sukar sungguh untuk jumpa suami yang mithali dan setia dengan isteri yang sakit..uwaaaaa

Hero ni memang tinggi macam galah..huhuhu

Misz PE dah tengok dua kali dan akan tengok lagi dan lagi...sambil tu boleh berangan-angan aksi sweet mweet hubby n wifey ni..hehehe...then cuci mata dengan hero macho and heroin sweet cun melecun ni...

Well, Misz PE bukanlah sesiapa untuk bagi rate bagi movie ni..tapi jika anda search di you tube, movie ni memang sangat wanted dengan ratusan ribu viewers...juga setelah buat research di IDMB ( Internet Data Movie Base), filem ini sentiasa tersenarai dalam filem Korea yang best of all time...

Info yang juga menarik pada Misz PE ialah Bollywood turut menjadikan filem ini sebagai inspirasi dengan menghasilkan sebuah filem bertajuk ''U Me Aur Hum'' 2008 lakonan hebat Kajol dan suaminya, Ajay Devgan..

Di bawah ni  Misz PE upload intro movie Part 1, Part 2 & Part 4 yang merupakan antara scene saat perkenalan Soo Jin dan Chul Soo gara-gara salah faham air tin coca-cola..huhuhu...very sweet...

video

video


video

p/s : dun forget to watch this movie with ur love ones...trust me, no regrets!!!

5 comments:

Nelva Amelia said...

kayaknya bagus ini film. nonton ah :D

oia, udah follow sini, follow me back yaa

salam kenal:)

Misz Pinky Eyes said...

salam kenal kembali...
sudah follow kamu juga...
yezz filem sangat bagus..jangan lupa tonton ya... =D

Anonymous said...

Ini pertama saya masuk untuk melihat ke situs ini , dan saya benar-benar kagum melihat seperti fitur video YouTube yang bagus dipasang di titik ini .

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Hey there! I just wanted to ask if you ever have any problems with hackers?
My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing many months of hard work due to no back up.
Do you have any solutions to stop hackers?

Visit my web blog check out the post right here

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...