Saturday, May 21, 2011

LDR = Long Distance Relationship Part II

Chak pong...
Misz PE come back sempena hujung minggu hari Sabtu ni..huhuhu
Dengan tips LDR = Long Distance Relationship = PJJ = Percintaan Jarak Jauh
yang dipetik daripada website   www.lovingfromadistance.com
Do Things To Make Your Partner Feel Special
Niat di hati Misz PE sebagai ingatan dan tips untuk diri dan pembaca sekalian...

Melakukan Perkara Bagi Pasangan Anda Merasa Istimewa
Cubalah untuk memikirkan sesuatu yang boleh anda lakukan setiap hari untuk menunjukkan pasangan anda bahawa anda ambil berat dan ambil peduli. Sebagai contohnya dengan mengatakan 

"I LOVE YOU" atau, "AKU CINTA PADAMU" atau juga, "Kau Membuatku Bahagia." 
Ungkapan dan perkara seperti itu mampu membuat mereka merasa hebat  dan itu akan memberikan mereka jaminan perasaan anda.








Perkara lain yang dapat anda lakukan seperti ...menghantar surat dengan handwriting anda, 
mengirim e-mel gambar-gambar anda kepada mereka, mengirim hadiah kecil, mengambil berat pada segala yang berkaitan dengan kepentingan mereka.  Sebagai contoh, mungkin anda melihat dan membaca sebuah artikel secara online yang anda fikir mereka tertarik untuk membaca.  
Maka kirimkan kepada mereka!  

Jika pasangan anda berasa yakin dan pasti bahawa anda sentiasa fikirkan tentang mereka dengan melakukan perkara yang istimewa, ini adalah suatu perkara yang amat bermakna dan bererti...
  
Bukan hanya terhadap pasangan anda yang merasakan manfaat akan perbuatan yang anda lakukan, tetapi diri anda juga malah hubungan anda dan pasangan terutamanya...


Perkara-perkara seperti di atas adalah sangat kecil dan mudah untuk dilakukan. Tetapi bermulalah dari perkara yang kecil lah akan menjadi perkara yang lebih besar dan lebih membawa maknanya..

Kebanyakan daripada kita sering lalai dan alpa melakukan perkara yang dianggap remeh tetapi sebenarnya cukup bererti dalam perhubungan dan percintaan...


 p/s : Mari bersama Raikan CINTA...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...