Sunday, May 1, 2011

Demi CINTA..Relaku Pujuk...

Aduhai...
pabila cinta hati merajuk membawa diri...seksanya jiwa dan batin hamba di sini...
pabila cinta hati menjeruk rasa....rasa bersalah yang amat menghantui diri...
pabila cinta hati menyepi...diri ini bagai gila dan terumbang-ambing tanpa kemudi...

Demi cinta...
Relaku pujuk..agar sang kekasih tidak terus merajuk...
Relaku pujuk...agar kekasih tidak bermasam muka bagai jeruk...
Relaku pujuk...agar diri ini tidak terus nyanyuk...

Tetapi kenapakah kekasih hati merajuk?
Itulah perkara pertama yang perlu kita lakukan..muhasabah diri bagaimana ianya terjadi...apakah punca musababnya... sudah tentu ada sebab yang membuatkan cinta hati kita berubah laku dan masam mencuka...
cuba tanyakan terus pada empunya badan...tetapi sudah tentu mereka berat untuk menyatakan...kita yang harus memainkan peranan...



1. Keinginan tidak kesampaian dan tidak dimakbulkan
andainya itu punca utama...memang kerap kali kita akan merajuk di antara satu sama lain...
namun percayalah, tiada niat si kekasih untuk tidak melaksanakan atau menjadikan impian mereka satu kenyataan...mungkin masanya belum sesuai..mungkin juga keinginan kita terlalu tinggi yang menjadikan ianya mustahil dilaksanakan..untuk itu berilah masa, ruang dan kadar waktu...

2. Cemburu
kata orang cemburu itu tandanya sayang...benar juga..tetapi biarlah berpada-pada...yang penting dalam perhubungan adalah kepercayaan di antara satu sama lain..namun tidak salah juga agar kita mengambil langkah berjaga-jaga...tunjukkan yang kita ambil berat dengan gerak laku kekasih hati...bertanya ke mana mereka pergi..dengan siapa mereka keluar..itu bukan satu kesalahan...yang penting kita jangan mudah melatah dan melenting dengan komitmen mereka terhadap orang sekeliling..dengan rakan-rakan sekerja mahupun sekadar kenalan biasa...berkawan biar beribu..berkasih biar satu..andai kita terlalu mengongkong dikhuatiri cinta hati yang memberontak dan mudah tension...untuk itu banyakkan berbincang dan berterus terang tentang apa yang kita tidak selesa dan tidak gemar mereka lakukan...

3. Sikap, perangai dan tabiat diri
sentiasa berpegang bahawa tiada insan pun yang dilahirkan sempurna di dunia ini...kita tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak walaupun insan-insan yang cukup dikasihi...terkadang untuk menggembirakan orang lain, kita pula yang terluka dan berpura-pura...itu hanya akan menyakitkan rasa dan jiwa kita sendiri..untuk itu terimalah pasangan kita seadanya...jika ada sikap negatif yang tidak disenangi, ambil langkah dengan memberi teguran yang membina dan dapat diterima..jangan ditempelak sewenangnya..kelak merajuk lagi cinta hati...begitu juga dengan tabiat dan perilaku yang kurang manis mungkin tanpa kita sedari...kita telah melukakan perasaan mereka yang memerhati...diri dan hati kita sangat sensitif dengan cinta hati berbanding orang lain...



Relaku pujuk si rajuk,tetapi bagaimana...

1. Berbincang dan beri penjelasan
ambil masa berbincang dan menerangkan keadaan yang sebenarnya...beri peluang pada diri dan si dia untuk saling mendengari dan memahami isi hati masing-masing..buang yang keruh, ambil yang jernih...kemudian cuba cari jalan penyelesaian yang terbaik dengan suasana yang aman dan tenteram..jika perlu beri sedikit masa dan ruang dahulu agar masing-masing tenang dan reda terlebih dahulu...

2. Saling bertolak-ansur
buang ego buat seketika...agar perhubungan yang kita bina tidak putus di pertengahan jalan...jangan malu untuk mengaku kesalahan dan kesilapan diri...mohon maaf andai kita yang memulakan...mengalah itu tidak bererti kita kalah...yang paling penting kita tidak akan kalah dengan perhubungan yang kita sayangi ini,,agar terus mekar dengan kasih sayang...

3. Kembali tersenyum
dendangkan lagu kegemaran dan lagu kisah percintaan...pastinya akan menyuntik memori manis dan indah...maka senyuman akan kembali mekar di bibir...ungkapkan juga kata-kata manis dan pujian agar bunga-bunga cinta terus mekar dan mengharum...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...