Monday, May 2, 2011

CINTA bukan sekadar WAKTU

Kali ni Misz PE nak berkongsi satu kisah cinta...
bukti cinta itu tidak mengira saat dan ketika..tidak kenal  waktu dan tempohnya...
untuk kita jatuh cinta...dan menikmati cinta itu...

Misz PE suka untuk mengaitkan kisah-kisah cinta yang menarik dan seterusnya membuka mata dan minda daripada filem-filem luar terutamanya filem Korea dan Hong Kong...
mungkin kerana olahan dan penyampaian yang dirasakan cukup realistik dan original berbanding filem cinta tempatan...dan juga mungkin Misz PE agak buyers sedikit coz i LOVE all the sepet heroes and heroins...hehehe

Kisah cinta yang Misz PE ingin coretkan adalah daripada filem epik Hong Kong
''House of Flying Draggers'' 2004 featuring Andy Lau, Takeshi Kaneshiro dan Zhang Zi Yi...
Misz PE yang kali pertama tonton VCD  filem ni bersama seorang rakan dalam tahun 2005...mulanya tertarik nak tengok abang Takeshi pojaan hatiku...tak sangka pula jalan cerita dari sudut percintaan cukup menarik...

Mengisahkan Leo (Andy Lau) seorang pegawai tentera kerajaan yang mengutuskan anggota bawahannya Jin (Takeshi Kaneshiro) untuk menjalankan siasatan terhadap seorang penari istana Mei (Zang Zi Yi). Menurut laporan agen rahsia,  Mei mempunyai hubungan yang rapat dengan Kumpulan Flying Draggers yang dipercayai mempunyai kaitan dalam perebutan kuasa mengambil alih  kerajaan.


Leo lantas mengarahkan Jin menangkap Mei dan membebaskannya di ceruk hutan...sepanjang 3 hari perjalanan, mereka saling jatuh cinta antara satu sama lain..hal ini diketahui Leo yang telah 3 tahun jatuh cinta pada Mei namun tidak pernah berbalas lantas menimbulkan rasa marah...kasih Mei hanya pada Jin seorang...maka tercetuslah pertarungan di antara Jin dan Leo yang digambarkan berterusan selama beberapa musim...
dalam pertarungan itu telah mengorbankan Mei yang cuba menyelamatkan Jin yang dicintai daripada dibunuh Leo...



Benarkan bahawa untuk jatuh cinta..bukan tempoh perkenalan kita yang menjadi pengukurnya...jika hati sudah suka...jiwa dan raga diserahkan pada si dia...walau ada yang sudi menanti bertahun lamanya, namun hati ini tidak tergoda andai si dia seorang yang sudah bertakhta...

Tiada yang mustahil dalam jatuh cinta...mungkin 3 minit...3 hari..3 malam...3 tahun...
Untuk itu, jika sudah jatuh cinta jangan lepaskan peluang untuk merebut cinta anda...campak jauh ego dan kepentingan diri...luahkan rasa suka dan cinta anda selagi punya peluang dan waktu...selagi rasa cinta itu masih wujud dalam hati dan diri...

L.U.R.V.E


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...