Saturday, May 14, 2011

Campak Jauh Ego Anda Jika Perlu

Semua manusia dilahirkan dengan sikap dan peribadi mereka sendiri..tiada insan yang dilahirkan sempurna...
Tapi jauh di sudut hati Misz PE, tidak salah kan jika kita ingin berubah menjadi lebih baik daripada semalam..dan hari ini...
Tidak salahkan jika kita ingin membuang jauh-jauh sikap kita yang tidak disenangi orang lain...apatah lagi tanpa sedar semakin memakan diri ini...semakin membuatkan kita jauh daripada insan yang kita senangi mahupun kita kasihi...

EGO...
Apa itu ego? ramai antara kita yang tahu sebut tetapi istilah dan definisinya kurang pasti..

Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-4, ego itu ditakrifkan sebagai
'persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya'

Waduhhsss....Kita semua punya ego...bezanya cuma tahap keegoan masing-masing...
Lelaki dengan ego mereka..sama ada sebagai seorang ayah, kekasih, abang, adik dan sesiapa saja yang boleh bergelar lelaki...
Begitu juga dengan kaum wanita sendiri, yang terdiri daripada para ibu, kakak, teman wanita, adik dan sebagainya...
Tahap keegoan manusia itu turut dipengaruhi oleh persekitaran sama ada kedudukan hierarki dalam keluarga, pangkat dalam sesuatu jabatan dan institusi juga sifat diri yang memang semulajadi...

Misz PE cuba menyelami keegoan diri setiap individu dalam beberapa situasi;

gaya ayu si gadis PINK...

EGO SEORANG KEKASIH/PENCINTA/SUAMI/ISTERI
buang ego anda sekiranya anda telah mula menyukai seseorang...benar bahawa kita perlu menjaga maruah diri tetapi tidak salah jika meletakkan satu keyakinan diri dalam meluahkan perasaan terhadap insan bertuah yang ingin kita dekati...manalah tahu kita bukan bertepuk sebelah tangan...sama-sama memendam rasa hingga ke akhirnya..pasti diri kita yang akan rugi malah melopong andai si dia jatuh ke tangan orang lain...

campak saja ego anda dalam memohon ampun dan maaf...mungkin bukan pihak kita sahaja yang membuat kesilapan tetapi sampai bila ingin dibiarkan hubungan murni ini terus keruh dan berjauhan...sebelum terlambat dan menyesal, hulurkan kemaafan dan luahkan isi hati masing-masing...main tarik tali saja boleh menyebabkan tali itu terus terputus dan tidak boleh disambung lagi...

EGO SEORANG AYAH/IBU/ANAK
buang yang keruh ambil yang jernih...sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan...
kita sebagai anak perlu sentiasa menghormati ibu dan ayah...tanpa mereka tiadalah kita lahir di dunia yang dipinjamkan sementara ini...janga nak merajuk saja dengan ibu dan ayah andai keinginan tidak ditunaikan...
tunggu mereka memujuk kita barulah nak makan, nak tengok tv, nak bercakap dengan mereka...
keegoan kita hampir menjadikan kita derhaka...

tetapi ada juga ibu bapa yang derhaka dengan anak-anaknya..ini pandangan Misz PE personally...
kadang kala mereka ini tidak menunjukkan contoh dan tauladan yang baik di hadapan anak-anak..
melakukan perkara yang terlarang, yang tidak sepatutnya dan mungkin ramai ibu bapa yang kian alpa dengan tanggungjawab mereka..terhadap Yang Maha Esa dan terhadap anak-anak mereka sendiri..
maka si anak dengan niat baik sekadar memberi teguran..tetapi perlu juga kena dengan caranya...
mereka pula yang melenting...tidak dapat terima...kamu siapa?aku ini ayah kamu! aku ini ibu kamu!
maka tiada lagi istilah home sweet home..keluarga bahagia...rumahku syurgaku...
yang menjadi mangsa anak-anak...lantas memudaratkan perhubungan kekeluargaan...mental dan emosi...
tiada salah pun andai ibu atau bapa yang memohon maaf pada anaknya andai melakukan kesalahan dalam tindak-tanduk mereka seharian...
sama-sama kita renungkan...

Misz PE teringin nak possing gini..hehehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...