Saturday, May 14, 2011

Ada Apa Dengan CINTA



''CINTA hadir daripada ketrampilan pemilik CINTA''

CINTA seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan,
kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung
dengan insan-insan berlawanan.

CINTA suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata.
Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri.
CINTA tidak dapat dipelajari tetapi dialami.

Jika CINTA sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada anda,
sedang CINTA itu salah satu nikmat teragung Allah terhadap hamba-hambanya.

''Aku menCINTAimu bukan kerana paras rupamu...
Aku menCINTAimu bukan kerana kehangatan CINTAmu..
Aku menCINTAimu bukan kerana CINTA..
Aku menCINTAimu kerana CINTA itu adalah kamu...''

Adakalanya kita cuba lari dari CINTA...
Tapi jiwa yang bergelora...
Sepi dahagakan kasih sayang..
Lalu memaksa kita menyambut kehadiran CINTA..
Adakalanya kita cuba lari dari rindu..
Tapi sayang yang berputik di hati..
Meronta resah tak menentu..
Lalu memaksa kita menerima kenyataan..
Sesungguhnya hati ini memerlukan CINTA...
Dan kasih sayang...



Himpunan madah CINTA dari diari Misz Pinky Eyes 2005-2008

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...