Thursday, May 26, 2011

5 Perkara Penting Dalam PerCINTAan



Sayangi CINTA hati dengan HATI bukan dengan PERASAAN
jika anda letakkan sesuatu perhubungan itu berdasarkan perasaan, ianya akan GAGAL
kerana perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa...
tetapi jika anda meletakkan perhubungan itu berdasarkan hati,
maka dari situ akan lahirnya CINTA dan kasih sayang yang KEKAL abadi selamanya...

HORMATI Pendirian CINTA hati
jangan sesekali anda merayu dan mencipta pelbagai alasan supaya si dia menerima CINTA anda...
biarpun sedalam mana sekalipun CINTA anda padanya namun biarkan dia yang membuat keputusan...
sekiranya mendesak apa yang anda akan dapat darinya hanyalah CINTA simpati dan bukannya setulus hati...
baik anda meraih CINTA dari orang yang benar-benar menyayangi anda dan bukan hanya anda yang benar-benar menCINTAinya sedangkan si dia tidak tidak ada rasa sayang dan CINTA langsung terhadap anda..
sesungguhnya CINTA pada Yang Maha Esa harus melebihi segalanya...

TERIMA CINTA hati seadanya
jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentangnya kerana sekali anda mengubah,
selamanya anda akan terus mengubah dirinya...
tentu anda masih ingat, kenapa anda boleh terpikat dengan si dia...
pastinya kerana dia adalah dia..
maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia menjadi seseorang yang lain...

JANGAN bersangka BURUK
langkah paling bijak ialah meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa...
jika kamu sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia...namun andai ada yang mencurigakan berbincanglah secara baik dan jangan terus menuduh...
ISLAM menggalakkan kita berbincang dan jangan cepat berprasangka buruk...
senitasa bercakap berlandaskan bukti yang kukuh dan elakkan membesar-besarkan hal yang kecil...

HARGAI pengorbanan CINTA hati
sesungguhnya si dia telah banyak berkorban untuk anda...
dengan kelebihan yang ada padanya, si dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna dari anda, namun demi CINTA kerana Allah SWT, si dia telah memilih anda..
oleh itu, jangan sesekali cuba untuk mempermainkan keluhuran CINTAnya...

ehsan dari, Majalah DARA.com Edisi 106 April 2011

2 comments:

zatie razak said...

thx for da tips :)

Misz Pinky Eyes said...

u r welcome...
sharing is caring...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...