Saturday, May 28, 2011

A Moment To Remember is A Movie To Remember

Kali ini Misz PE ingin berkongsi dengan anda semua..sebuah filem Korea '' A Moment To Remember'' 2004 lakonan hebat Son Ye Jin yang manis dan cantik bersama hero Jung Woo Sung aka Johnny Depp Korea...
Son Ye Jin merupakan salah seorang heroin Korea kesayangan Misz PE...so banyak movie lakonan dia Misz PE dah tonton..but lakonan dia dalam movie ni memang besh sangat...


Filem Korea ini satu-satunya filem yang buat Misz PE menangis teresak-esak seorang diri kala menonton saat-saat sedih dan touching...hinggakan Misz PE promote dengan si dia dan rakan terdekat agar jangan lepaskan peluang menonton filem ni..so u alls pun same gak tau...



Mengisahkan tentang seorang wanita, Soo Jin yang hampir kahwin lari dengan seorang lelaki yang telah beristeri...namun kerana sikapnya yang agak pelupa telah menemukan dia dengan seorang lelaki macho yang sangat ego , Chul Soo tetapi seorang yang sangat penyayang...

Pelbagai aksi romantik di sepanjang perkenalan mereka berdua, percintaan mereka yang terhalang juga saat mereka telah mendirikan rumahtangga...Misz PE sentiasa tersenyum dan dibuai rasa bahagia jika menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri ini...sukeeee sangat...asyik senyum sambil peluk2 teddy bear busyuk..huhuhu...bayangkan pabila Soo Jin yang manja bertemu dengan Chul Soo yang agak garang dan ego...tetapi egonya sentiasa tewas dek penangan cinta antara mereka...


Namun kebahagiaan mereka seakan diuji dengan pelbagai rintangan lebih-lebih lagi apabila Soo Jin telah disahkan menghidapi penyakit Alzheimer...kasih sayang dan kesetiaan Chul Soo tidak pernah berbelah bahagi kerna masih sanggup menjaga Soo Jin sendiri walaupun dihalang keras oleh keluarga Soo Jin yang kasihan akan menantunya itu...

Waktu ini, percayalah anda pasti akan mengalirkan air mata melihatkan pengorbanan Chul Soo dan kesabarannya menjaga isteri yang semakin hari semakin pelupa dan hampir nyanyuk itu...siyes memang tangkap leleh...kala ini Misz PE rasakan sukar sungguh untuk jumpa suami yang mithali dan setia dengan isteri yang sakit..uwaaaaa

Hero ni memang tinggi macam galah..huhuhu

Misz PE dah tengok dua kali dan akan tengok lagi dan lagi...sambil tu boleh berangan-angan aksi sweet mweet hubby n wifey ni..hehehe...then cuci mata dengan hero macho and heroin sweet cun melecun ni...

Well, Misz PE bukanlah sesiapa untuk bagi rate bagi movie ni..tapi jika anda search di you tube, movie ni memang sangat wanted dengan ratusan ribu viewers...juga setelah buat research di IDMB ( Internet Data Movie Base), filem ini sentiasa tersenarai dalam filem Korea yang best of all time...

Info yang juga menarik pada Misz PE ialah Bollywood turut menjadikan filem ini sebagai inspirasi dengan menghasilkan sebuah filem bertajuk ''U Me Aur Hum'' 2008 lakonan hebat Kajol dan suaminya, Ajay Devgan..

Di bawah ni  Misz PE upload intro movie Part 1, Part 2 & Part 4 yang merupakan antara scene saat perkenalan Soo Jin dan Chul Soo gara-gara salah faham air tin coca-cola..huhuhu...very sweet...





p/s : dun forget to watch this movie with ur love ones...trust me, no regrets!!!

Friday, May 27, 2011

Heppi Sweet 24th Besday My BRO!!!

Well today is 27 May...
so its my younger brother besday, ETET (nama manje and glamour la konon)...tepuk2..
the one and only my bro...
sorang jelaaa adik Misz PE yang lelaki dalam siblings kitorang...
dia sorang gak yang duk kat kampung jage parents Misz PE...
aktif bersukan dari skool dulu and sampai skang sibuk dengan futsal die...
kami semua faham dan tau die ade cita2 dan impian untuk pergi berhijrah ke tempat lain...
so if dapat kerja yang ditunggu-tunggu dan diidamkan tu, bro dun let it go...
juz grab it okay..even jauh beribu batu tapi percayalah kami sekeluarga sentiasa  doakan yang terbaik....

curi pict ni dari FB my bro...lalala

Insya-Allah, berkat usaha, doa dan tawakkal...akan membuahkan hasil...
bezanya cuma cepat atau lambat sahaja...

nasib bek bro Misz Pe ni spesies tinggi gak nak banding the girls in family...hehehe

Lastly, semoga Etet kekal menjadi anak yang cukup bertanggungjawab...
maintain macho and hensem coz lu my bro kan...kan kan...hahaha
ALL THE BEST...amin

Misz PE Join GiveAway!!!!

-Misz PE DONE-

-Misz PE DONE-

STEP 3
Komen kat entri ni, nama facebook yang digunakan untuk LIKE
Nak follow belogmj pun best! tp tak follow pun takpe.
Saya manusia yang kekeringan idea~

-Misz PE DONE-

STEP4
Letak banner ni kat sidebar.. Linkkan ke entry ini ye.
Kalau tak berjaya link-kan, taruk link kat bawah banner pun boley~ 
-Misz PE DONE-

STEP 5
Tunggu RESULT *macam exam la pulak*
pada bulan Julai. Tarikh akhir GA pada 30 Jun 2011.
- Misz PE DONE gak...waiting for the prize from Cik Maryam...bagi Misz PE menang eh..hehehe-

p/s : so u alls jangan lepaskan peluang join GA from Maryam and visit her nice blog...
menurut Maryam hadiah nye keychain dari Sabah dan 
pemenang utama berpeluang grab small perfume dat is original

PMS...Moody...Chocolate...



Patutlah 2-3 hari ini Misz PE pening tiap hari...and now still dizzy...adehhh..
Ditambah lagi dengan kesakitan yang membuak-buak kini...orang kata ''sakit perempuan''...
or should I say ''senggugut''...
Dah sapu minyak panas...dah makan panadol...masih same....malasnye nak tuam perut ni...adehhhh...
U alls tak pernah? if korang lelaki of course laa tak pernah...huhuhu

Barang siapa yang dekat and close dengan Misz PE lately sure notice how I react...moody...
malas nak buat keje...rase nak marah2 and membebel je...asyik nak menangis je kerinduan dengan family and si dia...fuhhh...macam-macam lagilaaa...uwaaaaaa.....

JERAWAT??? itu tak payah disebut....macam ade baja je yang ditabur kat muke Misz PE ni maka jerawat yang tumbuh sangat bermaharajalela...uwaaaaa lagi....

Sekarang ni Misz PE terbayang-bayang Chocolate Cadbury...BLACKFOREST  is my favourite...
nak chocolate....uwaaaaa lagi dan lagi...

sedapnyeee...nyum nyum nyum
Apa itu Sengugut atau PMS ??
Sindrom pra-haid atau lebih dikenali sebagai PMS (Premenstrual Syndrome) atau senggugut adalah situasi perasaan dan rasa tidak selesa yang dialami oleh wanita menjelang haid. Ada banyak perkara yang boleh menjadi faktor atau penyebab berlakunya gejala PMS ini. Antaranya ialah ketidakseimbangan estrogen dan progesteron dalam tubuh, kadar gula yang menurun kerana pengeluaran insulin yang meningkat dengan tiba-tiba dan kekurangan vitamin B. Sindrom pra-haid atau PMS ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis.
PMS Jenis A
Keadaan yang dialami : gelisah, mudah marah, mood berubah-ubah dan insomnia.
Faktor penyebab : Progesteron lebih banyak dari banyak dari hormon estrogen dan menyebabkan pengeluaran adrenalin dan serotonin. Keadaan ini juga mungkin boleh disebabkan oleh kurangnya vitamin B6.

OMS Jenis C

Keadaan yang dialami : Sakit kepala, pening kepala dan jantung berdebar-debar
Faktor penyebab : Keadaan ini hampir sama dengan hipoglikemia, akibat tingginya kadar insulin dalam darah. Keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan magnesium.

OMS Jenis D

Keadaan yang dialami : Tekanan, mudah lupa dan insomnia
Faktor penyebab : Kekurangan vitamin B dan juga kadar estrogen lebih rendah dari progesteron. Juga diakibatkan oleh kadar aldesteron yang tinggi dalam darah. Aldesteron adalah hormon yang mempengaruhi keseimbangan cairan tubuh.

OMS Jenis H

Keadaan yang dialami : Berat badan bertambah, payudara membengkak, perut kembung, tangan dan kaki bengkak
Faktor penyebab : Tingginya kadar aldesteron dan estrogen dalam darah. Kurangnya vitamin B6 dan magnesium
Ehsan dari alkiram.net artikel ''Jenis-jenis Sindrom Pra-Haid ataupun PMS''
sakit awwwww...

p/s : TQ so much alkiram.net coz bagi Misz PE info 
yang sangat penting pada kita semua kaum Hawa

Thursday, May 26, 2011

5 Perkara Penting Dalam PerCINTAan



Sayangi CINTA hati dengan HATI bukan dengan PERASAAN
jika anda letakkan sesuatu perhubungan itu berdasarkan perasaan, ianya akan GAGAL
kerana perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa...
tetapi jika anda meletakkan perhubungan itu berdasarkan hati,
maka dari situ akan lahirnya CINTA dan kasih sayang yang KEKAL abadi selamanya...

HORMATI Pendirian CINTA hati
jangan sesekali anda merayu dan mencipta pelbagai alasan supaya si dia menerima CINTA anda...
biarpun sedalam mana sekalipun CINTA anda padanya namun biarkan dia yang membuat keputusan...
sekiranya mendesak apa yang anda akan dapat darinya hanyalah CINTA simpati dan bukannya setulus hati...
baik anda meraih CINTA dari orang yang benar-benar menyayangi anda dan bukan hanya anda yang benar-benar menCINTAinya sedangkan si dia tidak tidak ada rasa sayang dan CINTA langsung terhadap anda..
sesungguhnya CINTA pada Yang Maha Esa harus melebihi segalanya...

TERIMA CINTA hati seadanya
jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentangnya kerana sekali anda mengubah,
selamanya anda akan terus mengubah dirinya...
tentu anda masih ingat, kenapa anda boleh terpikat dengan si dia...
pastinya kerana dia adalah dia..
maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia menjadi seseorang yang lain...

JANGAN bersangka BURUK
langkah paling bijak ialah meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa...
jika kamu sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia...namun andai ada yang mencurigakan berbincanglah secara baik dan jangan terus menuduh...
ISLAM menggalakkan kita berbincang dan jangan cepat berprasangka buruk...
senitasa bercakap berlandaskan bukti yang kukuh dan elakkan membesar-besarkan hal yang kecil...

HARGAI pengorbanan CINTA hati
sesungguhnya si dia telah banyak berkorban untuk anda...
dengan kelebihan yang ada padanya, si dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna dari anda, namun demi CINTA kerana Allah SWT, si dia telah memilih anda..
oleh itu, jangan sesekali cuba untuk mempermainkan keluhuran CINTAnya...

ehsan dari, Majalah DARA.com Edisi 106 April 2011

Wednesday, May 25, 2011

Misz PE in ROME...opppsssiii its ROMP!!!!

Talking about outfit and clothing...blouse especially...
How much I love ROMP...not ROME okay...hehehehe

Misz PE in white blouse, actually it comes with free big black belt...ROMP

For Misz PE...the fabric is really soft...comfortable...
with simple design and soft colour...
and further more...its totally affordable....

still in ROMP...peach pinky blouse...
Misz PE always visit the ROMP outlets @ Berjaya Times Square..Mid Valley...
So guys...don't forget to grab any of ROMP clothing...
Trust me...NO REGRETS!!!

ROMP @ BTS

Monday, May 23, 2011

Di Saat Aku Mencintaimu

Di Saat Aku Mencintaimu 
oleh Dadali 
 
Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
Berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta...

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta...

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta...


p/s : ternyata Misz PE cukup dibuai dengan lirik dan alunan muzik lagu ini di awal lagi...
seawalnya bunyi mainan piano dan gesekan biola yang cukup syahdu...

Saye Suke Makan...@ Krispy Kreme

To be continued...
Jeng jeng jeng...
Seperti entri Misz PE ''Saye Suke Makan'' terdahulu...
like i said...i'll be back bebeh...hehehe...
diz time adalah sambungan episod Misz PE dan Adeq setelah penat pusing Times Square
@ Wesak Day lepas... maka kaki yang semakin lenguh dan keletihan, Adeq Misz PE lak udah buat muke seposen mintak diisi minyak enjin agar meneruskan misi mencari apa yang dihajati...fuhhhh

So dengan baik hati dan pemurahnya, Misz PE telah offer Adeq bongsu kesayangan sorang ni,
''Dik, ko tak pernah makan doughnut kat Krispy Kreme lagi kan?''
''Mane penah..ko tak penah belanje sini lagi''
''Orait, lets go!''

Muke kontrol tahan lapar

Misz PE minum hot coffee...

nyum nyum nyum...

Adeq Misz PE yang memalu garfield kononnya...

p/s : i'll be back with another eating time...wawawa

Saturday, May 21, 2011

LDR = Long Distance Relationship Part II

Chak pong...
Misz PE come back sempena hujung minggu hari Sabtu ni..huhuhu
Dengan tips LDR = Long Distance Relationship = PJJ = Percintaan Jarak Jauh
yang dipetik daripada website   www.lovingfromadistance.com
Do Things To Make Your Partner Feel Special
Niat di hati Misz PE sebagai ingatan dan tips untuk diri dan pembaca sekalian...

Melakukan Perkara Bagi Pasangan Anda Merasa Istimewa
Cubalah untuk memikirkan sesuatu yang boleh anda lakukan setiap hari untuk menunjukkan pasangan anda bahawa anda ambil berat dan ambil peduli. Sebagai contohnya dengan mengatakan 

"I LOVE YOU" atau, "AKU CINTA PADAMU" atau juga, "Kau Membuatku Bahagia." 
Ungkapan dan perkara seperti itu mampu membuat mereka merasa hebat  dan itu akan memberikan mereka jaminan perasaan anda.








Perkara lain yang dapat anda lakukan seperti ...menghantar surat dengan handwriting anda, 
mengirim e-mel gambar-gambar anda kepada mereka, mengirim hadiah kecil, mengambil berat pada segala yang berkaitan dengan kepentingan mereka.  Sebagai contoh, mungkin anda melihat dan membaca sebuah artikel secara online yang anda fikir mereka tertarik untuk membaca.  
Maka kirimkan kepada mereka!  

Jika pasangan anda berasa yakin dan pasti bahawa anda sentiasa fikirkan tentang mereka dengan melakukan perkara yang istimewa, ini adalah suatu perkara yang amat bermakna dan bererti...
  
Bukan hanya terhadap pasangan anda yang merasakan manfaat akan perbuatan yang anda lakukan, tetapi diri anda juga malah hubungan anda dan pasangan terutamanya...


Perkara-perkara seperti di atas adalah sangat kecil dan mudah untuk dilakukan. Tetapi bermulalah dari perkara yang kecil lah akan menjadi perkara yang lebih besar dan lebih membawa maknanya..

Kebanyakan daripada kita sering lalai dan alpa melakukan perkara yang dianggap remeh tetapi sebenarnya cukup bererti dalam perhubungan dan percintaan...


 p/s : Mari bersama Raikan CINTA...

Saye Suke Makan...@Kenny Rogers Roasters

Jeng jeng jeng...
Last Wesak Day was a day with my little sis, Adeq...
So we all pergi bergonjeng @ Times Square dari kul 12.50 tengahari untill lebey kureng kul 6.00 petang..
Cian Adeq super duper penat coz melayan Misz PE tawaf satu bangunan TimesSquare tu...
Wawawa...

Saje nak jejalan sempena public holiday but actually tangan ni memang dah gatai sangat nak beli new dress and blouse..alaaa Misz PE beli yang bese2 je...for me wat important is cheap but i'll look kiut if i wear it...hehehe

Sampai TS je Adeq mule la buat pilihan destinasi lunch hour...opppsssiii....rabak Misz PE kang...hahaha
Jom pegi Kenny Rogers Roasters....





Lalalala...dats it for now...i'll be back...
P.E.A.C.E

Tuesday, May 17, 2011

LDR = Long Distance Relationship

Gud morning my Misz Pinky Eyes blog..to all my beloved followers...and to all my sweet readers...
Wahhh pagi-pagi lagi Misz PE dah mengadap lappy dan buat entri baru dalam blog...
Actually pepagi ni Misz PE wajib send emel pada Mr CE...
Well, both of us terlibat dalam kes LDR = Long Distance Relationship aka PJJ = Percintaan Jarak Jauh...
So pelbagai cara dan langkah perlu diambil dalam menjalinkan hubungan macam kami ni...

Misz PE telah terjumpa satu web yang memang cambesh http://www.lovingfromadistance.com/
Web ni hasil tulisan dan nukilan Michele, mengenaikekasih hatinya yang berjauhan, Frank...
So many new things Misz PE dapat perolehi sama ada tips or even do's and dont's...
First thing dat Misz PE wanna share, is Respect Your Partner...
So let's read it...Misz PE translate to Malay already..TQ Mr Google...huhuhu


Hormati Pasangan Anda 
Melalui pertanyaan orang lain, kita telah menyedari bahawa ramai orang tidak menunjukkan hormatterhadap pasangan mereka seperti yang seharusnya. Banyak kali yang kita dengar adalah, 
"aku, aku, aku, aku ... " ketika orang menggambarkan bagaimana mereka rasakan ketika hubungan mereka berada di dalam penderitaan.
 
Sering kali, perasaan pasangan mereka diabaikan, dan mereka hanya berfikir tentang diri mereka sendiri. Mereka mengharapkan pasangan mereka untuk memenuhi setiap keperluan mereka dan merasa bahawa itu adalah hak mereka.
 
Sekarang dengarlah bahawa, pasangan anda hanya manusia biasa dan mereka hanya boleh melakukan sebegitu banyak dan tidak mungkin bagi mereka untuk melaksanakan setiap harapan anda. Mereka mempunyai kehidupan di luar hubungan anda, sama seperti yang anda lakukan, atau seharusnya. Apabila anda merasa anda telah bersalah dalam beberapa cara dalam anda hubungan, buka fikiran dan cuba untuk melihat dari sudut pandangan pasangan anda itu. Bagaimana perasaan anda jika anda berada di tempat mereka?

Anda mungkin menyedari bahawa anda mungkin bertindak balas atau melakukan hal yang sama seperti mereka, atau sekurang-kurangnya anda akan dapat memahami mengapa mereka bertindak balas seperti itu dan mengapa mereka berbuat begitu.

Sebagai contohnya satu masalah umum di dalam konteks ini, banyak kali orang akan merasa bahawa pasangan mereka itu tidak peduli tentang mereka seperti dulu seawal percintaan dan perhubungan. Hal ini bisa terjadi  disebabkan pelbagai alasan dan tingkah laku. Tetapi kebiasaannya mereka mengambil kira dari aspek layanan pasangan seperti pasangan mula berhenti melakukan perkara yang romantis terhadap mereka, atau perbualan telefon semakin terhad atau pendek dan pasangan tidak lagi berbicara sebanyak dulu.Dalam situasi ini, mereka merasakan pasangan mereka adalah pelaku dan pesalahnya. Pasangan mereka lah orang-orang yang tidak mahu bercakap, pasangan mereka juga adalah orang-orang yang berhenti melakukan hal-hal khusus dan romantis.  

Sekarang cuba kita melihat sesuatu dari sudut perspektif mereka pula. Mungkin mereka telah menjadi letih dan sibuk oleh sesuatu yang terjadi dalam hidup mereka, dan mereka tidak punya waktu seperti dulu. Mungkin juga mereka merasa tidak ada banyak yang boleh dibicarakan dan apabila berbual di telefon, mungkin anda sendiri yang tidak banyak berbicara atau bercakap. Mungkin mereka berhenti melakukan hal-hal khusus, kerana anda sering tidak menghargai apa yang mereka telah lakukan atau tidak langsung membalas budi baik mereka. 

Contoh seperti yang di atas adalah sangat penting dan tidak dapat diabaikan kerana memang kerap terjadi. Selalu pertimbangkan perasaan pasangan anda dan cuba untuk memahami keadaan mereka sebelum anda mengambil sebarang tindakan terburu-buru. Anda perlu menghormati mereka, sebelum anda menyerang mereka dengan kata-kata seperti, "Kau tidak peduli tentang aku lagi." Itu benar-benar bisa terluka. Jadi fikirkan selalu tentang mereka dan hormati perasaan mereka, dan cuba untuk melakukan sesuatu tentang hal itu, daripada mengharapkan mereka. Maka pasangan kita akan menghormati kita seperi mana kita menghormati mereka dan seperi yang di harapkan...

mari raikan CINTA

Lagu PJJ = Percintaan Jarak Jauh

SEPI SEORANG PERINDU by Jamal Abdillah

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

LONG DISTANCE by BRUNO MARS

There's only so many songs
That I can sing to pass the time
And I'm running out of things to do
To get you off my mind
Ooohh,no

All i have is this picture in a frame
That I hold close to see your face every day

With you is where I'd rather be
But we're stuck where we are
And it's so hard,you're so far
This long distance is killing me
I wish that you were here with me
But we're stuck where we are
And it's so hard,you're so far
This long distance is killing me

It's so hard,it's so hard
Where we are,where we are
You're so far,this long distance is killing me
It's so hard,it's so hard
Where we are,where we are
You're so far,this long distance is killing me

Now the minutes feel like hours
And the hours feel like days
While I'm away
You know right now I can't be home
But I'm coming home soon,coming home soon

All i have is this picture in a frame


Here Without You by 3 Doors Down
A hundred days had made me older
since the last time that I've saw your pretty face

A thousand lights had made me colder and 
I don’t think I can look at this the same

But all the miles had separate
They disappear now when I’m dreaming of your face

I’m here without you baby
but your still on my lonely mind
I think about you baby
and I dream about you all the time
I’m here without you baby
but your still with me in my dreams
And tonight it’s only you and me

The miles just keep rollin
as the people either way to say hello
I've heard this life is overrated
but I hope that it gets better as we go

I’m here without you baby
but your still on my lonely mind
I think about you baby
and I dream about you all the time
I’m here without you baby
but your still with me in my dreams
And tonight girl it’s only you and me

Everything I know,
and anywhere I go
it gets hard but it won’t take away my love
And when the last one falls,
when it’s all said and done
it get hard but it won’t take away my love

I’m here without you baby
but your still on my lonely mind
I think about you baby
and I dream about you all the time
I’m here without you baby
but your still with me in my dreams
And tonight girl it’s only you and me

Monday, May 16, 2011

Tak Usah Sebut Pasal CINTA


< Tak usahlah sebut pasal CINTA jika anda sebenar-benarnya tidak mengambil kisah >

< Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ianya tidak berada di dalam hati anda >

< Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda >

< Tak usahlah sebut CINTA abadi, jika ada di hati anda untuk berpisah >

<  Tak usahlah memandang anak matanya, jika anda berbohong kepadanya >

< Tak usahlah sebut helo, jika anda kelak akan mengucapkan selamat tinggal >

< Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi >

< Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak >

 Himpunan madah cinta dari diari Misz PE 2008

Selamat Hari Guru Istimewa Buat Para Guru

Hari ini 16 Mei 2011..
Selamat Hari Guru buat para guru di seluruh tanah air dan di pelusuk dunia...
Rakan-rakan Misz PE ramai juga yang menjadi pendidik ni...begitu juga dengan
pakcik, makcik, sepupu sepapat dan sedara mara...
Dan ada juga rakan  Misz PE yang menyambut Hari Lahir pada hari ini...

Teringatkan zaman sekolah dulu, waktu inilah kita sebagai murid kena buat macam-macam persembahan..
Sebut je..setiap kelas wajib antar wakilnye kan..so you all pun sure pernah terlibat nih...
Dari mendeklamasikan puisi, bercerita, dikir barat, boria, pementasan drama dan teater, aiihhh banyak lagila...
Hari ini juga kebiasaannya para guru dikehendaki naik ke pentas dan menyanyi lagu tema guru mereka...
Then ade juga pertandingan dan cabutan bertuah...seronok kan...
Paling seronok sebab satu hari takyah bukak buku dan dengar bebelan cikgu kita..huhuhu

Waktu ini juga, murid-murid akan hadiahkan macam-macam buat guru kelas dan mungkin juga guru favourite...ecece
Misz PE teringatkan, waktu sekolah rendah lagi kan...Misz PE and member2 suke bagi present pada guru praktikal ni..yelaa diorang ni sporting...muda mudi...cantik2 dan hensem2..huhuhu
Pernah sekali tu dalam Darjah 4 kot, Misz PE terlupa lak yang esoknya hari guru, so malam tu kat rumah menjajau cari mangsa hadiah nak diberi kat cikgu praktikal sorang nih...kalau tak bagi macam tak beshkan..
Then nak tau pe yang Misz PE sauk buat hadiah...jeng jeng jeng...mug besar free beli ubat gigi Darlie kalau tak silap..wawawa...

Pernah tengok tak drama popular Jepun lakonan besh bangat Takashi Sorimachi...
Yezzzaaa...''GTO, Great Teacher Onizuka''
Asalnya ia adalah daripada siri komik yang popular kemudian dijadikan drama dengan barisan pelakon yang memang besh especially the hero and heroin...
Seorang guru lelaki bernama Onizuka yang macam gila-gila je orangnya..but memang macho dan sentiasa menjadi penyelamat murid-muridnya yang menghadapi masalah...bagi mereka yang belum pernah tengok jangan lupe download..alaaa sure ade if you all cari @ internet di hujung jari anda..huhuhu


Okaylah, lastly buat semua guru,
Jasa kalian memang tidak terbalas..tanpa guru kita tidak akan jadi seperti hari ini...
Tidak akan tahu membaca, menulis, mengira dan menjadi insan yang berguna kepada
ibu bapa, masyarakat, agama,bangsa dan negara...

TERIMA KASIH CIKGU!!!!

Sunday, May 15, 2011

Kenapa Mereka Hanya Mendengar Cerita Sebelah Pihak

wajah mangsa keadaan...sob sob sob

Dunia oh dunia...
terkadang rasa cukup kejamnya dunia...

Ya Allah...
Yang kejam adalah umatmu yang suka mengapi-apikan insan yang tidak bersalah...
Hanya kerana mereka itu lebih berjaya, lebih bahagia, lebih pelbagai aspek yang hanya dipandang dengan mata kasar...walhal semua mereka ini juga telah diberikan nikmat oleh-Mu...
Yang membezakan hanyalah bagaimana mereka memelihara dan menghargai nikmat tersebut...

Ya Allah...
Yang sedihnya, kenapa ada insan yang suka menabur fitnah...
Mereka ini suka menokok tambah cerita agar lebih kontroversi dan lebih pedas..
Lantaran merosakkan perhubungan sesama insan...memutuskan talian persahabatan dan ikatan silaturrahim...
Yang menjadi mangsa adalah diri kita...
Tanpa sedar rakan sudah bergelar lawan...orang-orang sekeliling menjauhkan diri...

Kenapa?
Manusia mudah dan suka mendengar cerita dari sebelah pihak yang gemar melaga-lagakan...
Terus membuat kesimpulan dan tindakan yang tidak wajar...
Melemparkan kata-kata amarah dan berbaur sindiran...sedang kita terpinga-pinga dan tertanya-tanya..
Juga tidak diberikan langsung peluang untuk berbicara dan membela diri...
Ingatlah..kerana mulut kamu wahai penabur fitnah!!!
Tanpa disedari, kamu telah memutuskan satu ikatan murni sesama insan...

Ya Allah...
Semoga mereka ini diberi balasan yang setimpalnya di akhirat...
Semoga diri yang menjadi mangsa fitnah lebih tabah mengharungi dugaan kehidupan
di pentas dunia pinjaman-Mu...
Sesungguhnya fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan...kerana ianya membunuh segalanya...

Misz PE terjumpa juga satu artikel berkenaan fitnah ini...tetapi yang cukup menarik Misz PE adalah petikan seperti di bawah yang merujuk ayat Al-Quran, buat renungan dan ingatan kita semua...

Di dalam Al Qur’an surat Al Baqoroh (2) ayat 191 tercantum kalimat 
“Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” yang artinya “Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”. Imam Ibnu Katsir menjelaskan, bahwa Imam Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, Al Hasan, Qotadah, Ad Dhohak, dan Rabi’ ibn Anas mengartikan “Fitnah” ini dengan makna “Syirik”. Jadi Syirik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan.


Petikan daripada artikel Fitnah Lebih Kejam Dari Pembunuhan www.pitutur.net 
oleh Mbah Dipo 7 Januari 2007

p/s : sekadar renungan bersama...sama ada kita pernah menjadi mangsa...
atau kita adalah pemangsa itu sendiri...

CINTA itu BUTA...jangan dibutakan kerna CINTA...

Pernah tak kalian mengalami situasi berikut, di mana pabila seseorang meluahkan rasa suka, minat dan admire...
Kalian rase OMG!!!..biar betul..macam tak percaye je...yelaaa diri sendiri pun dah lame suke dan minat nih...ece

Tapi bile difikir-fikirkan semula...nape si dia bole jatuh suka kat kite kan...
siapalah aku ini? hanya insan biasa...
Hidung kembang + penyek..then pipi lak tembam bagai apam yang dipam-pam..
Apatah lagi bila si dia tu hensem macam Remy Ishak...tak pun if anda lelaki, si dia cun melecun comey bagai Lisa Surihani...actually Misz PE memang minat Lisa ni..siap like FB die...and penah terjumpe die kat Times Square time promotion Lip Ice dulu...memang cantik..tinggi...kurus...muke kecik je tapi dalam tv macam beso kan...oppsss terlebih sudah..iklan semata-mata ni...

Lisa Surihani is behind the glass...Misz PE ambil from FB die...nice picts rite...

Itulah dia kuasa CINTA...ouchh...
benarkan CINTA itu buta dan boleh membutakan mata...
Jangan dibutakan hati kita juga kerna CINTA...

Tiada yang mustahil di dalam berCINTA...percayalah bahawa segalanya mungkin...
Indah sungguh CINTA pabila bukan paras rupa yang dilandaskan..
tetapi budi pekerti, agama, sikap peribadi yang diambil kira...

Oleh itu, percayalah bahawa sesiapa saja boleh jatuh CINTA pada sebarang jenis manusia...
Mungkin kita rasa bagai tak percaya saja kan pabila si isteri yang gorgeous dan hot diceraikan si suami kerna wanita yang kurang segala segi berbanding isterinya tadi...kenapa ya?tapi perlu diingat kita hanya dapat memandang dari sudut fizikal dan luaran saja...
itulah dia...pasti ada sebabnya...hanya mereka yang tahu...atau kita anggap saja jodoh mereka tidak panjang...

Bagaimana pula jika Misz PE ambil contoh seperti, artis dan selebriti Barat...Heidi Klum dan suaminya penyanyi Seal...paras rupa  bagai Beauty and The Beast...Heidi itu jelitawan model yang masih wanted dalam bidang peragaan...so sudah pasti ada keistimewaan Seal yang tiada pada insan lain pada pandangan Heidi..

Berbalik pada cerita Beauty and The Beast itu sendiri...keakraban dua insan yang berbeza juga mampu memutik rasa CINTA dan sayang...perasaan itu boleh lahir tanpa disedari...
Maka tidak mustahil juga andai suami orang mudah saja jatuh CINTA dengan isteri orang lain...apatahlagi jika kerap berjumpa, berkomunikasi dan saling meluahkan masalah masing-masing...
Memang bahaya..maka kita perlu ambil langkah berjaga-jaga...

Remaja kini pula, pabila baru jatuh CINTA sudah mula menyambut pelbagai janji manis pasangan...
Walaupun si pendatang asing dan pendatang tanpa izin...sanggup tinggalkan keluarga mengikut kekasih kononnya pulang ke negara jiran...
Tergamaknya hati mereka meninggalkan keluarga yang membela mereka dari kecil..dan mengharapkan mereka menjadi orang berguna dan seterusnya membantu keluarga...

Gud morning my readers...lets have a cup of coffee with LOVE...

Parah juga ya pabila jatuh CINTA...
Oleh itu...ambil langkah berjaga-jaga dan pelihara diri kita...
Sesungguhnya CINTA itu BUTA...jangan dibutakan kerna CINTA...

Saturday, May 14, 2011

Tatkala Kebosanan Melanda Diri

Today is Saturday...
boing boing boing...
bangun pagi2 je rini Misz PE rase perut memulas-mulas yang amat sangat..huhuhu..
seingat Misz PE last malam tadi minum susu  dutch lady  wif honey then campur milo cket...cket je...

Then rase lapar and mengidam KFC lak...Cik Lels jom kuar g mamam KFC yuk?huhuhu
Beres...so we all plan nak bertolak dari umah dalam kul 12...lagipun kat Masjid India rini de pasar...wawawa
Actually bukan nak pegi shopping or nak makan KFC sangat pun...juz rase bosan dengan schedule harian..
buat benda yang same je...then ngadap muke orang yang same je..huhuhu

So if u all rase bosan kan...pe yang u all buat???
Nak shopping bagai ni dah pertengahan bulan dah...so kene jimat cket kang makan pasir lak kang akhir bulan..
Maklumlah Misz PE ni makan gaji...lets go window shopping...but then..kite pakai sempoi2 je eh...
maka Misz PE pun bersiap dan taraaa...
warna taik cicak aka black n white yang jadik pilihan...pakai je tudung 2 layer NurKasih..then blouse Latina with black cardigan made in Thailand @ Melaka Central...tight slack Voir...white bag Elle...yang paling besh selipar jepun Roxy ciplak RM10..huhuhu

huhuhu...dedaun pun jatuh berguguran...
 
Sampai kat KFC je..nak mamam pe eh...Misz PE favourite of all time of course Snack Plate Spicy Chicken...but diz time nak try Chicken Chop with mushroom soup...lalala
ok cik, semuanya RM10.50 ye...baguih2...so malam ni kene diet balik tak yah mamam berat2...coz berat Misz PE dah makin bertambah rasenye..adehhh

fork n knife, made from plastic..juz imagine...Misz PE ni ganazz ni...kang patah lak...yargh


its finger licking good...lalala

Cik Lels...lepas ni pegi Watson yuk...nak beli body losyen laa...dah abes dah...walhal bole je beli kat supermarket Hero depan rumah nun..saje je nak tambah point Watson member card...u all ade x? hehehe

Sambil2 tu...kite possing sakan kat Central Market ni...biarlah orang tengok dua orang aweks ni possing bergambar...dari stesen LRT..ke KFC..ke Kasturi Walk...baguih2...hati yang tadinya rase macam bosan terubat sikit...percayalah apatah lagi menatap wajah we all yang di snap tadi dengan kiut miut nye possing...lalala

Chop2..kan dah bagitau tadi ade pasar rini kat Masjid Jamek..jom sambung jejalan jap...
Tapi jangan sibuk nak bergambar coz sekarang ni macam2 kes...even ade member kepada member Misz PE telah diragut begnya tatkala sibuk berjalan dan bersuka ria dengan rakan waktu shopping di area Masjid India tu...so be careful kay..apatah lagi kes orang simbah asid yang kecoh dan hangat diperkatakan...

Hujan mula turun renyai2...aik macam nak suruh Misz PE singgah jap je ke kedai tudung favourite Misz PE...
NurKasih..tepuk2...setelah mencuba dan membelek tudung 2 layer yang berkenan, maka Misz PE berjaya menambah satu lagi koleksi tudung segera ni..hehehe...hati rase puas dan besh...

So ape kate kite balik rumah..then tengok picts tadi kat lappy..then edit sikit...
After dat tulis entri baru ape yang mengisi masa dan ruang kebosanan Misz PE for today...
Dun forget to try again tudung yang baru dibeli di depan cermin bilik dengan rase puas hati dan tersenyum seorang diri..ngeh ngeh ngeh...

Campak Jauh Ego Anda Jika Perlu

Semua manusia dilahirkan dengan sikap dan peribadi mereka sendiri..tiada insan yang dilahirkan sempurna...
Tapi jauh di sudut hati Misz PE, tidak salah kan jika kita ingin berubah menjadi lebih baik daripada semalam..dan hari ini...
Tidak salahkan jika kita ingin membuang jauh-jauh sikap kita yang tidak disenangi orang lain...apatah lagi tanpa sedar semakin memakan diri ini...semakin membuatkan kita jauh daripada insan yang kita senangi mahupun kita kasihi...

EGO...
Apa itu ego? ramai antara kita yang tahu sebut tetapi istilah dan definisinya kurang pasti..

Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-4, ego itu ditakrifkan sebagai
'persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya'

Waduhhsss....Kita semua punya ego...bezanya cuma tahap keegoan masing-masing...
Lelaki dengan ego mereka..sama ada sebagai seorang ayah, kekasih, abang, adik dan sesiapa saja yang boleh bergelar lelaki...
Begitu juga dengan kaum wanita sendiri, yang terdiri daripada para ibu, kakak, teman wanita, adik dan sebagainya...
Tahap keegoan manusia itu turut dipengaruhi oleh persekitaran sama ada kedudukan hierarki dalam keluarga, pangkat dalam sesuatu jabatan dan institusi juga sifat diri yang memang semulajadi...

Misz PE cuba menyelami keegoan diri setiap individu dalam beberapa situasi;

gaya ayu si gadis PINK...

EGO SEORANG KEKASIH/PENCINTA/SUAMI/ISTERI
buang ego anda sekiranya anda telah mula menyukai seseorang...benar bahawa kita perlu menjaga maruah diri tetapi tidak salah jika meletakkan satu keyakinan diri dalam meluahkan perasaan terhadap insan bertuah yang ingin kita dekati...manalah tahu kita bukan bertepuk sebelah tangan...sama-sama memendam rasa hingga ke akhirnya..pasti diri kita yang akan rugi malah melopong andai si dia jatuh ke tangan orang lain...

campak saja ego anda dalam memohon ampun dan maaf...mungkin bukan pihak kita sahaja yang membuat kesilapan tetapi sampai bila ingin dibiarkan hubungan murni ini terus keruh dan berjauhan...sebelum terlambat dan menyesal, hulurkan kemaafan dan luahkan isi hati masing-masing...main tarik tali saja boleh menyebabkan tali itu terus terputus dan tidak boleh disambung lagi...

EGO SEORANG AYAH/IBU/ANAK
buang yang keruh ambil yang jernih...sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan...
kita sebagai anak perlu sentiasa menghormati ibu dan ayah...tanpa mereka tiadalah kita lahir di dunia yang dipinjamkan sementara ini...janga nak merajuk saja dengan ibu dan ayah andai keinginan tidak ditunaikan...
tunggu mereka memujuk kita barulah nak makan, nak tengok tv, nak bercakap dengan mereka...
keegoan kita hampir menjadikan kita derhaka...

tetapi ada juga ibu bapa yang derhaka dengan anak-anaknya..ini pandangan Misz PE personally...
kadang kala mereka ini tidak menunjukkan contoh dan tauladan yang baik di hadapan anak-anak..
melakukan perkara yang terlarang, yang tidak sepatutnya dan mungkin ramai ibu bapa yang kian alpa dengan tanggungjawab mereka..terhadap Yang Maha Esa dan terhadap anak-anak mereka sendiri..
maka si anak dengan niat baik sekadar memberi teguran..tetapi perlu juga kena dengan caranya...
mereka pula yang melenting...tidak dapat terima...kamu siapa?aku ini ayah kamu! aku ini ibu kamu!
maka tiada lagi istilah home sweet home..keluarga bahagia...rumahku syurgaku...
yang menjadi mangsa anak-anak...lantas memudaratkan perhubungan kekeluargaan...mental dan emosi...
tiada salah pun andai ibu atau bapa yang memohon maaf pada anaknya andai melakukan kesalahan dalam tindak-tanduk mereka seharian...
sama-sama kita renungkan...

Misz PE teringin nak possing gini..hehehe

Ada Apa Dengan CINTA



''CINTA hadir daripada ketrampilan pemilik CINTA''

CINTA seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan,
kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung
dengan insan-insan berlawanan.

CINTA suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata.
Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri.
CINTA tidak dapat dipelajari tetapi dialami.

Jika CINTA sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada anda,
sedang CINTA itu salah satu nikmat teragung Allah terhadap hamba-hambanya.

''Aku menCINTAimu bukan kerana paras rupamu...
Aku menCINTAimu bukan kerana kehangatan CINTAmu..
Aku menCINTAimu bukan kerana CINTA..
Aku menCINTAimu kerana CINTA itu adalah kamu...''

Adakalanya kita cuba lari dari CINTA...
Tapi jiwa yang bergelora...
Sepi dahagakan kasih sayang..
Lalu memaksa kita menyambut kehadiran CINTA..
Adakalanya kita cuba lari dari rindu..
Tapi sayang yang berputik di hati..
Meronta resah tak menentu..
Lalu memaksa kita menerima kenyataan..
Sesungguhnya hati ini memerlukan CINTA...
Dan kasih sayang...



Himpunan madah CINTA dari diari Misz Pinky Eyes 2005-2008

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...