Saturday, April 30, 2011

Si Lelaki Bertapa Di Gua...Si Wanita Terjun Perigi Buta...

''Men From Mars, Women From Venus : The Classic Guide To Understanding The Opposite Sex'', buku motivasi karya John Gray Ph.D merupakan satu buku motivasi percintaan dan perhubungan kaum Adam dan Hawa yang cukup memberi kesan pada Misz PE...


Jika anda belum pernah membacanya, maka jangan lepaskan peluang anda kerana bagi Misz PE yang berkesempatan meminjam buku ni secara senyap2 from my sis selama lebih kurang 6 bulan kot (fully English tu yang ade lembabs cket..huhuhu), buku ini merupakan satu bentuk motivasi yang mampu memberi kesedaran tentang betapa berbezanya lelaki dan perempuan namun tetap saling memerlukan antara satu sama lain...saling menjadi pelengkap kehidupan yang dilalui bersama-sama...saling sepadan dan secocok disebabkan perbezaan itu sendiri...



Mendengarkan tajuk buku itu saja sudah mampu membawa kita ke arah pemahaman dan ideologi yang bisa dijadikan panduan...namun dalam buku itu, Misz PE paling dan akan sentiasa ingat pada satu bab yang menyentuh isu perbezaan antara lelaki dan wanita di dalam menyelesaikan masalah dan kerumitan yang melanda...sememangnya sangat-sangat terkena pada batang hidung sendiri...

Itulah yang munculnya pemahaman Misz PE bahawa , Si Lelaki Bertapa Di Gua...Si Wanita Terjun Perigi Buta...tetapi tajuk dalam buku itu, ''Men Go To Their Caves and Women Talk''..tajuk yang mengetengahkan bagaimana cara yang berbeza dilakukan kita dalam menangani stress..

Lelaki itu, akan masuk ke 'gua' ciptaan mereka yang mebawa kepada keselesaan yang mereka ciptakan sendiri..bagi menyelesaikan masalah yang melanda jiwa dan diri mereka...bagi menenangkan hati yang gundah gulana...'gua' yang dimaksudkan adalah tempoh mereka untuk bersendiri dengan tenang dan bersendirian secara seketika cuma..pada waktu sepanjang 'pertapaan' kaum lelaki ini, sudah tentulah kaum wanita akan ditinggalkan...tempoh 'pertapaan' mereka juga bergantung kepada setiap individu itu sendiri...sama ada selama sejam, dua jam, 3 hari, 4 minggu mahupun 5 bulan..waduh...untuk itu kaum wanita yang seharusnya menjadi tulang belakang kejayaan mereka, haruslah bersabar dan memahami mereka dengan memberi ruang yang selesa...kerna tatkala selesai sahaja tempoh 'pertapaan' mereka akan keluar dengan sendirinya dari dalam 'gua' dengan senyuman dan jiwa yang lebih tenang...



Wanita ini, pula akan segera terjun ke dalam perigi buta..tanpa berfikir panjang dengan harapan akan muncul seorang putera raja yang akan menyelamatkan mereka...keadaan dalam perigi buta cukup menggerunkan maka wanita ini hanya akan meronta-ronta mahupun menjerit sekuatnya agar kaum lelaki yang diharapkan akan menyelamatkan dengan menarik tali gayung dalam perigi...seterusnya membawa wanita ini naik semula ke darat...kemudian dipeluknya mereka yang telah kesejukan kerana kebasahan...dipujuknya mereka agar tidak menangis lagi...dan mendengar segala sedu-sedan meraka dengan sabarnya...bukan niat mereka untuk mengadu domba..cukuplah sekadar menjadi insan istimewa yang sudi mendengar...



Untuk itu, kita perlu sentiasa berpegang bahawa kaum lelaki dan kaum wanita ini memang mempunyai jurang yang cukup besar...dari sudut sikap dan perangai semulajadi yang berbeza...namun saling memerlukan dalam menjalani hidup yang lebih sempurna dan bahagia...terimalah pasangan kita seadanya..tiada manusia yang sempurna...dan kita sebagai insan biasa tidak akan sentiasa dapat memenuhi kehendak semua insan yang dicintai dan dikasihi...

L.U.R.V.E

2 comments:

Innocent gal said...

mcm tu ka? sungguh terkena batang idung kan? waduh waduh...haiiisshhh setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya kan? wink wink

Misz Pinky Eyes said...

cik Innocent Gal setuju kan??bukan saye yang membuat cerita..tapi berdasarkan buku itu sendiri..dan kita perlu akui nya dengan pengalaman kita..kan kan kan.. =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...