Sunday, March 13, 2011

Misz PE Movie Marathon 1000 PM - 0200 AM

Semalam 120311, hari Sabtu...
Misz PE yang macam kebiasaannya tinggal keseorangan di rumah...housemate lain balik kampung, Cik Lels balik Sabah coz adik die kawen, ko bile lagi Cik?huhuhu..Cik Fats pulak memang kewajipan die akan balik setiap minggu..ecece...sebelah siang Misz PE basuh baju marathon...hahaha..so sebelah malam setelah update blog dan fb, movie marathon...Misz PE borrow 4 DVD from Cik Mels..satu movie tu dah tengok last 2 days,but dek kerana kecomelan watak baby tu...Misz PE pun tengok lagi...bukan kena bayar pun kan..kan kan...

Tajuk Filem : Life As We Know It ( 1000 PM - 1200 AM)
Pelakon : Katherine Heigl (The Ugly Truth) dan Josh Duhamel ( Love In Rome)



Sinopsis

Holy (Katherine Heigl) dan Eric (Josh Duhamel), masing-masing merupakan rakan karib kepada pasangan suami isteri, Peter dan Allison yang cuba menyatukan mereka. Namun ternyata Holly dan Eric tidak serasi dan kerap kali bertengkar apabila bertemu. Pasangan Peter dan Allison mempunyai seorang anak perempuan yang cukup comel, Sophie manakala Holly dan Eric turut menjadi godmother dan godfather kepada Sophie. Tanpa diduga satu tragedi kemalangan telah menimpa Peter dan Allison yang meragut nyawa mereka namun Sophie terselamat kerana sewaktu kejadian Sophie tinggal di rumah bersama pengasuh. Lebih memeranjatkan lagi apabila wasiat peninggalan ibu bapa Sophie, adalah supaya Holly dan Eric sama-sama memelihara dan membesarkan Sophie di rumah besar peninggalan mereka. Bayangkan bagaimana keadaan Holly dan Eric seperti anjing dan kucing itu akan tinggal serumah, memelihara Sophie tanpa sebarang pengalaman. Sepanjang tinggal sebumbung, pelbagai aksi komedi romantik yang dipaparkan di antara Holly dan Eric juga keletah si comel Sophie yang akhirnya turut membuatkan Eric seorang playboy jatuh cinta dengan Holly.

Comey kan KAMI..iklan gigi satu family =D


tatih..tatih...tatih...


Komen dan Ulasan

Misz PE seronok menyaksikan kisah percintaan yang mungkin tidak sama sekali diduga  berlaku di antara Holly dan Eric ini..bagaimana mereka bersama membahagikan tugas agar memelihara Sophie...juga dengan aksi Sophie yang sememangnya comel..rase nak cobet-cobet pipi si Sophie ni tau =D


Tajuk Filem : Let Me In ( 1200 AM - 0200 AM)
Pelakon : Kodi Smit-McPhee dan Chloe Moretz


Sinopsis

Owen (Kodi Smit-McPhee) seorang budak lelaki yang berumur 12 tahun sering dibuli di sekolah. Dia turut mengalami masalah keluarga kerana ibu bapanya telah berpisah. Dia sering bermain seorang diri pada waktu malam di kawasan bawah apartment tempatnya tinggal. Sehingga muncul jiran baru Abby (Chloe Moretz), seorang kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya dan ayahnya tinggal bersebelahan rumah Owen. Abby merupakan kanak-kanak yang pelik kerana sering tidak memakai kasut dan tidak kesejukan walaupun pada masa itu musim salji. Persahabatan mereka kian akrab dan sering keluar bersama pada waktu malam. Owen sering mendengar pertengkaran kecil dari rumah bersebelahan di antara Abby dan lelaki yang disangkakan ayahnhya itu. Sejak kedatangan Abby, pelbagai peristiwa pembunuhan yang berlaku sehinggalah pada satu malam pihak polis telah mendapati ayah Abby ditimpa kemalangan apabila melecur pada bahagian muka dan tangannya. Mayat ayah Abby turut dijumpai terjatuh dari tingkat atas hospital. Kisah Abby mula terbongkar apabila Abby berubah wajah seakan vampire yang cuba menghisap darah dari jari Owen di lantai. Namun Abby tidak mengapa-apakan Owen dan menyuruh Owen berlalu pergi. Ternyata kisah pembunuhan yang sering berlaku bersangkut-paut dengan Abby. Satu malam Owen memberanikan diri melawat Abby di rumah sebelah dan mendapati bahawa lelaki yang disangka ayah Abby itu adalah teman lelaki Abby selama ini. Gambar mereka pada zaman kanak-kanak membuktikan segalanya, namun Abby tidak dimamah usia. Abby akhirnya meninggalkan Owen namun akan muncul menyelamatkan Owen apabila dia dibuli di sekolah.

''Let me in, will you?''

''I have to go, Owen."


Komen dan Ulasan

Satu kisah cinta dan kasih sayang yang tragik bukan hanya pada Owen dan Abby, tetapi kepada lelaki tua yang disalah erti menjadi ayah kepada Abby. Dia setia dengan Abby hingga ke akhir hayatnya malah turut membantu Abby melakukan pembunuhan bagi mendapatkan bekalan darah manusia buat Abby.
Misz PE tengok movie ni dengan lampu yang terang-benderang..so many blood...huhuhu..

p/s : kisah CINTA sesama MANUSIA, sering tidak disangka-sangka...kita MANUSIA hanya mampu merancang...JODOH ketentuan di tangan TUHAN..

2 comments:

amcied said...

keren postingan'y ni, bagi link download'y dong, hehe :)

Misz Pinky Eyes said...

link download untuk movie yang mane satu?...Misz PE tonton dari DVD bukan donwload dari internet.. =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...