Saturday, March 12, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Semalam, Misz PE berkesempatan menonton filem terbaru terbitan KRU Studios, Hikayat Merong Mahawangsa bersama dengan 3 orang rakan kerja yang lain, 2 orang berbangsa India ( Miss Tee and Mr L) also Sarawakian ( Cik Mels)..Lepas balik dari kerja kami bergegas ke MBO @ Ampang...and biaselaa kan lepas balik keje apatah lagi hari Jumaat, maka stuck in jam la perjalanan kami..filem itu sepatutnya mula jam 6.45 petang tapi kami dapat masuk dalam jam 7 lebih sikit je...maka Misz PE terlepas beberapa minit permulaan filem..sob sob sob

Poster filem yang menarik bersesuain dengan konsep Melayu Epik

Awal tontonan Misz PE sudah mula mengagumi lakonan Stephen Rahman Hughes sebagai Merong Mahawangsa..dia memang layak dan sesuai membawa watak itu berbanding pelakon lain di Malaysia ini dengan badan yang perkasa juga bahasa pertuturan Inggeris yang lancar, filem ini 70% bahasa Inggeris ok .. kos perfileman yang menelan hampir RM8 juta menjadikan filem ini kedua termahal pembikinannya selepas Puteri Gunung Ledang (2004)..kagum juga dengan props dan pakaian yang dipakai oleh para pelakon...ternyata dapat membawa Misz PE ke zaman silam kegemilangan Tanah Melayu..teknik CGI yang memang sinonim dengn filem KRU turut meninggalkan impak yang seterusnya menyempurnakan lagi saat-saat peperangan yang berlaku di dalam filem ini..i was totally amazed..pelakon tempatan lain yang turut membintangi filem ini adalah seperti Dato' Hj Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Umie Aida dan Jehan Miskin...

Saat Merong Mahawangsa ditabalkan menjadi Raja setelah menang dalam beberapa pertarungan

Merong beradu tenaga dengan Ketua Lanun, Kamawas lakonan berkesan Khir Rahman

Filem ini bermula apabila pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.

Rakyat jelata Merong Mahawangsa

Saat pemergian Merong untuk menyelamatkan Puteri Cina dan melawan Kaum Lanun Garuda

Bagi anda semua, jangan lepaskan peluang menonton filem tempatan Melayu ini yang mampu mendekatkan kita dengan hikayat dan  sejarah asal Negeri Kedah. Bayangkanlah jika 3 orang rakan Misz PE yang bukan berbangsa Melayu, mengaku selama ini mereka agak skeptikal dengan filem Melayu, tidak habis-habis memberi kata-kata pujian..inikan pula kita orang Melayu sendiri..Open your mind from the other side..jangan terlalu mengagungkan filem luar yang memang sudah lama jauh ke hadapan berbanding filem tempatan yang baru mengorak langkah beberapa tapak..PEACE..


p/s : di bawah ini Misz PE selitkan hasil research Hikayat Merong Mahawangsa, 
pengasas negeri Kedah.

Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.
Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.



Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.

Sumber Ehsan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Merong_Mahawangsa

8 comments:

SoLy SoLicious said...

semua org ckap sal movie ni skg.. sy je xsempat nak tontom lgi.. huhu

Misz Pinky Eyes said...

so dun forget to watch diz movie kay...cinema yg beso slalunye cpt sold out tiket...bile Cik Soly dah tonton jgn lupe story wif Misz PE.. =D

LadyBird said...

bestnye olahan awak.. buatkan lady teruja untuk menontonnya..

Misz Pinky Eyes said...

Lady teruja? Misz PE lebih teruja mendengarnya...hehehe..thanks

Nur Farah Hani said...

wah semua cakap best.. cam nak p tengok jerk...ehehehe.. ;p

Misz Pinky Eyes said...

so farah pun jgn lepaskan peluang tonton movie ni yg tgh hot skang...well semua org mybe punye pendapat berbeza but pada Misz PE movie ni memang besh... =D

fariza fauzi said...

eaaauuwww !!! semua cerita mcm best jee..
hmmm tapi xde masa nak pg tgk :(



p/s : i folow u back ! :)

Misz Pinky Eyes said...

xpelaa...if xde mase nnt beli DVD pun ok..lagpunbar start wayang last week kan..awal lg ni..

p/s : TQ so much..salam perkenalan =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...