Tuesday, February 22, 2011

Siakap..Senohong..Gelama..Ikan Duri..,Bercakap Bohong Lama-lama Jadi PENCURI!!!

Misz PE percaya ramai di antara anda semua pernah mendengar pantun dua kerat seperti tajuk entri post kali ini..Yezza..Siakap..Senohong..Gelama..Ikan Duri..,Bercakap Bohong Lama-lama Jadi PENCURI!!!

Siapa yang menjadi pencuri? Siapa pula mangsa yang telah mengalami kerugian dan kehilangan tersebut..?
Pada Misz PE, paling penting adalah kejujuran yang perlu disematkan dalam diri dan jiwa masing-masing..Jika diperhatikan dan diamati akan makna pantun di atas biarpun cukup mudah dan ringkas, banyak kebenarannya..Manusia yang kebiasaannya melakukan kesilapan kecil dan kerap mengulangi kesilapan-kesilapan tertentu, tidak mustahil akan terjebak ke kancah yang akan membinasakan diri..

Bermula dengan pembohongan yang seakan gurauan, seterusnya ditambah lagi dengan tipu daya dan kelicikan..Tidak mustahil perbuatan seperti mencuri,meragut malah merompak dilakukan oleh si penipu yang memang cetek dengan kejujuran..Malah orang di persekitaran kita yang tidak disangka-sangka bisa melakukannya...Dengan hanya bertopengkan senyuman manis yang mesra dan kata-kata yang ramah, janganlah kita mudah percaya apatah lagi terpedaya...


Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini?Si penipu dan pencuri itukah?Atau desakan hidup yang mendorong mereka melakukan perbuatan yang tidak amanah ini..?Begitu banyak faktor yang mendorong perasaan kita sebagai manusia dalam melakukan kesilapan seperti itu..Mungkin juga kurangnya kasih sayang dan perhatian yang diperlukan lantas perasaan ingin cuba meronta-ronta..Menjadikan lidah ini seakan lancar sahaja melunturkan kata-kata dusta...Begitu juga dengan tangan ini yang begitu tertarik dengan barangan yang bukan kepunyaan kita..


Oleh itu,kita sebagai manusia harus sentiasa berwaspada..Bahaya ada di mana-mana, bukan bahaya itu tertumpu kepada nyawa dan maruah diri semata..Ianya sangat luas dalam pelbagai aspek..Begitu ramai manusia yang bertopengkan Syaitan biarpun topeng itu dipakai sekejap cuma..Anda fahamkan..

I'll shoot you, if you mess with me!!!

Akhir kata dari Misz PE,beringat sebelum terkena...
Chow =D

4 comments:

IJAT360 said...

peribahasa tu da tak relevan la pinky..yg ni baru betul

siakap senohong,gelama ikan duri,bercakap bohong lame2 jadi menteri pulak..he3

Misz Pinky Eyes said...

hahaha..aik...main politik nampak.. =p

Innocent gal said...

uitttt !
pistol sape yg ko duk curi tu?
org kecik eh?hahhaha

Misz Pinky Eyes said...

hehehe..ni pistol mainan aku beli kat PS nun...lalala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...