Wednesday, February 23, 2011

Godek2 Photoshop..Part : Pop Art created by Andy Warhol

Misz PE cube menggodek2 Photoshop macam beselaa...diz time Misz PE nak try wat skill Andy Warhol yang cukup popular dengan karya Pop Art artis Marilyn Monroe dan banyak lagi seperti yang di bawah ni..Misz PE nak wat pict sendiri tapi macam tak confident sangat lagi..huhuhu..memule godek2 sendiri and try cari solution sendiri camne nak wat..so Misz PE try pict hero kesayangan hamba aka si Abang Johnny Depp ni..langsung terlupe bahawa skill buat Pop Art ni boleh kite search di hujung jari tutorial online je..takpelaa kan..next time i'll do better..


Misz PE tergelak je each time tengok bibir Abang Johnny ni =D

''Pop Art'' atau Seni Pop, merupakan satu stail seni yang artistik dan mula dikenali di negara Britain sekitar tahun 1950-an. Seni ini mempunyai kualiti yang tidak lapuk dek zaman,oleh itu meskipun stail seni ini telah berusia lebih 50 tahun, namun pelukis dan artis grafik juga jurugambar menghasilkan Pop Art sebagai inspirasi seni mereka hari ini.

Dua motif yang paling popular bagi Pop Art adalah pengulangan  (repetition) dan juga penggunaan warna yang sangat kontras. Kita boleh menggunakan elemen-elemen ini terhadap fotografi dengan mengaplikasikan perisian Adobe Photoshop bagi menghasilkan imej grafik yang menyerlah. Kita menggunakan potret wajah seseorang seperti karya-karya agung Andy Warhol di era 1950-an.

Dipetik dari "The Photographers' Guide To Photoshop 2nd Edition''


Karya Pop Art pelbagai artis terkemuka oleh Andy Warhol


Karya Pop Art Marilyn Monroe oleh Andy Warhol dengan warna-warna kontras yang berbeza 

2 comments:

d_LA said...

oh johnny deppp...seksi bibirmu itu..hehe

Misz Pinky Eyes said...

hehe...sexy kan..
thanks d_LA =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...